Gold Bar GCP

Gold Bar GCP

Purity 999.9.Berat 1g,10g,20g,50g.100g

Gold Bar GCP
Kasturi Emas

Kasturi Emas

Wangian Sunnah Kasturi Emas,kasturi putih dan Al-Jannah

Kasturi Emas
Dinar GCP

Dinar GCP

Purity 999.9.Berat 4.25g.Diameter 23mm

Dinar GCP
Silver Bar

Silver Bar

Purity 999.Berat 10g,20g,50g,100g

Silver Bar
Dictionary Safety Box

Dictionary Safety Box

Berat 0.68kg,Saiz 23cm

Dictionary Safety Box
Tukar Ke Simpanan Emas

Tukar Rokok ke Simpanan Emas

Daripada beli rokok lebih baik MULAKAN simpana Emas

Tukar Rokok kepada Simpanan Emas
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

4 Jul 2013

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Harga Emas turun mengila ! Ada yang panik ke ? Inbox saya pun bertubi-tubi pelanggan bertanyakan setiap hari ' Hari ini harga Emas berapa ye '.Bagi penyimpan emas tegar dari dulu,dah tak ambil pusing dengan harga emas naik atau turun.Yang penting bagi mereka ada simpanan emas dan bila perlu untuk bisnes lain mereka akan invest ke bisnes lain menggunakan simpanan emas tadi.

Di sini saya ingin terangkan 3 jenis Harga Emas Semasa :

--->> Spot Price iaitu harga bahan mentah.Salah satu rujukan kami di www.kitco.com.Saat yang paling baik bila dapat fizikal pada waktu ini.Lepas itu ada duit proseslah sendiri. :)

--->> Company Price - terdapat 2 harga, Harga Customer dan Harga Pengedar.Salah satunya company Goldcrest Pavilion ( GCP ).Di web GCP terdapat harga pelanggan dan harga dealer ( boleh lihat harga apabila menjadi pengedar.

--->> Harga Kedai Emas - Harga lebih mahal sedikit dari jenis di atas.Ini disebabkan oleh peruncitan seperti kos utility,kos sewa kedai dan kos upah design yang agak tinggi.Sebab itu design emas di kedai emas lagi kaboom dan menarik berbaloi dengan harganya.Contoh PohKong,Tomei,HabibJewel dan sebagainya.

Buka Minda :

- Jika anda inginkan rantai leher 20 gram purity 999 sebagai perhiasan ditambah design yang menarik dan menarik jadi bolehlah mencari kedai emas terdekat seperti PohKong atau Tomei.Sudah pasti harga lebih tinggi dari GCP ( tiada kos UPAH ).

- Jika anda ingin membeli rantai tangan 10 gram sebagai pelaburan sesuailah kiranya anda memilih company seperti GCP kerana harganya jauh lebih murah.Tambah-tambah murah lagi apabila anda menjadi pengedar.

Oh lagi satu ada yang bertanya tentang pelaburan Emas,beli Emas bukan seperti beli hari ini kemudian esoknya dah nak jual dan mengharapkan pulangan dengan segera.seperti Skim Cepat Kaya ke.Kalau kita sanggup tunggu ASB selama 20 tahun untuk mendapat pulangan samalah juga konsep simpan emas ini.Yang penting Emas fizikal berada di genggaman kita.Tunggulah sekurang-kurangnya 12 bulan untuk mendapat pulanggan yang memberangsangkan.



Nukilan Unknown

2 Jan 2013

Hari kedua di tahun 2013.Tahun 2012 telah meninggalkan kita.Sudahkan segala matlamat atau azam kita di tahun 2012 telah terlaksana.Tepuk dada tanya selera.
Tahun baru ini kami di Minda Emas Network berazam untuk membantu anda keluar dari segala masalah ataupun kebocoran wang anda.Cuba saudara saudari tanamkan azam untuk tahun 2013 ini membuat simpanan dalam bentuk EMAS.Mulakan dengan simpan 10% daripada gaji saudara-saudari dan laburkan untuk membeli emas fizikal. Untuk makluman anda Goldcrest Pavilion ( GCP ) juga ada mengeluarkan produk Gold bar ataupun jongkong emas 1g purity 999.9.Boleh dijadikan simpanan tetap saudara-saudari setiap bulan.Harga mampu milik sekitar rm200++. Pada tahun 2013, Kami di Minda Emas Network juga sedang mencari dealer-dealer GCP yang baru dan sesiapa yang berminat untuk jadi dealer GCP boleh daftar di sini http://bit.ly/P5VpKj atau boleh hubungi di no 019.640.1493.Untuk peminat setia kami juga menawarkan hadiah menarik untuk anda.Kami juga dalam mencari idea untuk menganjurkan contest kepada peminat kami.Jika anda mempunyai sebagai idea sila panjangkan ke email mindaemasgcp[at]gmail.com
Nukilan Unknown

3 Dec 2012

Apa itu Perak ? Atau bahasa Inggerisnya Silver.

Perak atau argentum (daripada bahasa Latin Argentum, daripada Bahasa Yunani ?ργ?ντος - arg?ntos) ialah sejenis logam kimia keunsuran yang.mempunyai simbol Ag dan nombor atom 47.


Perak berwarna putih berkilau dan adalah sejenis logam peralihan.Kekonduksian (keberaliran) elektrik logam perak adalah yang paling tinggi bagi kesemua unsur manakala kekonduksian haba logam perak adalah yang paling tinggi bagi logam-logam. Perak wujud dalam semula jadi dalam bentuk tulen (perak asli), namun boleh juga diperolehi dalam bentuk aloi dengan emas (elektrum) atau dalam banyak jenis mineral (sebagai contohargentit dan klorargirit).

Logam perak kebanyakannya diperoleh daripada hasil sampingan perlombongan tembaga, emas, plumbum dan zink.Logam ini telah diketahui semenjak zaman dahulu kala lagi dan memang telah lama dianggap sebagai logam berharga. Perak digunakan untuk menghasilkan bahan perhiasan, barang kemas, peralatan dan perkakas dapur yang bernilai tinggi dan duit syiling. Pada masa kini, logam perak digunakan untuk menghasilkan konduktor (pengalir) elektrik dan penyambung elektrik.

Logam ini juga digunakan dalam pembuatan cermin dan dalam pemangkinan tindak balas kimia. Sebatian perak pula digunakan dalam filem fotografi. Larutan cair argentum nitrat dan sebatian-sebatian perak yang lain digunakan untuk menghasilkan bahan nyakjangkit. Walaupun penggunaan antimikrob ini telah kebanyakannya digantikan oleh penggunaan antibiotik, kajian lanjut masih dilaksanakan untuk mengkaji potensinya dalam bidang klinikal.

Sumber : Wikipedia



Silverbar Goldcrest Pavilion (GCP)


Untuk makluman, Goldcrest Pavilion ( GCP ) juga mengeluarkan produk Silverbar yang mempunyai berat 10g,20g,50g dan 100g.Menurut fakta harga Silver boleh melonjak seiring dengan peningkatan harga Emas.Dijangka 2-3 tahun akan datang harga Silver akan melonjak.

Sediakan diri anda untuk menyimpan Emas & Perak kerana anda tidak rugi apa-apa jikalau harga emas & Perak meningkat tinggi.

Hubungi kami untuk sebarang pembelian Emas & Perak fizikal.
Sertai kami di Geng Minda Emas Network & leraikan segala persoalan anda di sana.

~ Admin MFA ~
Nukilan Unknown

27 Nov 2012

Umum mengetahui bahawa Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir Mohamed adalah pakar ekonomi dunia.Apa kata-kata Tun mempunyai maksud berdasarkan kepada pengalaman Tun menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 20 tahun.

Tun Dr.Mahathir Mohamed


"Saya mempromosikan perdagangan emas untuk disimpan kerana nilai wang akan menyusut sedangkan nilai emas tidak, jadi kita perlu membeli emas kerana ia amat penting," katanya selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Riba Dunia.

"Dinar emas seharusnya digunakan untuk perdagangan antarabangsa dan bukannya penggunaan domestik, tetapi di Kelantan mereka keluarkan dinar emas sendiri dan ini menyukarkan urusniaga harian," jelasnya.

Bagi Kami Dinar Emas boleh digunakan di peringkat domestik asalkan mendapat persetujuan antara Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri.Ini disebabkan di zaman dahulu matawang adalah Dirham & Dinar Emas..
Nukilan Unknown

12 Oct 2012

Berita terhangat minggu ini harga emas mampu cecah AS$2500 seauns jika ditukar dalam Ringgit Malaysia adalah RM247/g.Apa yang akan anda lakukan ? Jangan panik jika anda telah menyimpan emas dari dalu sekarang anda hanya perlu menambah stok emas anda.Fast Action Fast Result.



Masa itu emas.Jika ingin mendapat emas dengan harga borong ataupun murah hanyalah di Goldcrest Pavilion ( GCP ).Tidak mustahil harga emas akan melambung tinggi selepas ini kerana metal kalis inflasi ini sukar dicari oleh itu permintaan yang tinggi akan meningkatkan kos pengeluaran.

Artikel di Berita Harian

Harga emas dijangka bergerak ke arah AS$2,000 seauns dalam tempoh enam bulan akan datang dengan arah aliran menaik itu dijangkakan berterusan untuk mencapai harga sasaran AS$2,500 seauns dalam tempoh setahun ini, kata Naib Presiden yang juga Pengurus Porfolio DWS Investments GmbH, Manuel Tenekedshijew.
Beliau berkata, pendorong utama kepada kenaikan harga itu termasuk kadar faedah sebenar yang tidak menarik, kebimbangan jangka panjang terhadap inflasi, kekukuhan permintaan bagi pelaburan, arah aliran terkini yang menunjukkan meningkatnya pembelian logam berharga oleh bank pusat di seluruh dunia, selain bekalan terhad. “Berdasarkan analisis kami, harga emas dijangka mencecah AS$1,800 sedikit masa lagi dengan sebarang pembetulan harga menjadi asas kepada kenaikan lanjut.
“Harga emas dijangka bakal bergerak ke arah AS$2,000 seauns dalam tempoh enam bulan akan datang dan arah aliran menaik itu dijangka berterusan untuk mencapai harga sasaran AS$2,500 seauns selepas setahun dari sekarang,” katanya sambil menambah dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu, emas kebiasaannya dilihat sebagai pelaburan terbaik.
Beliau berkata demikian pada taklimat media berhubung arah aliran logam emas di Kuala Lumpur, semalam. Harga emas berlegar AS$1,760 seauns semalam.
Perkembangan ekonomi dan geopolitik semasa menyaksikan dorongan kenaikan harga pasca 2000.
Sementara itu, Pengarah Dana Runcit Bahagian Pengurusan Dana AMMB Holdings Bhd, Ng Chze How (gambar), berkata prestasi lebih baik saham syarikat berkaitan perlombongan emas berbanding pergerakan harga emas fizikal sejak sedekad lalu mendorong AMMB Holdings menambah saiz dana AmPrecious Metal tidak kurang tiga kali daripada 350 juta unit sejak dilancarkan pada 2007, kepada 600 juta unit dan terkini kepada 750 juta unit.
Beliau berkata, dana berasaskan Syariah AmPrecious Metal dilaburkan dalam saham syarikat global terbabit aktiviti berkaitan emas dan logam berharga, seperti syarikat pelombongan emas kerana statistik menunjukkan prestasi saham syarikat terbabit jauh lebih baik berbanding pergerakan harga emas fizikal sejak sedekad lalu.
Perhatian
GCP telah melancarkan web untuk pendaftaran PERCUMA.
Kelebihannya :
> Pendaftaran menjadi pengedar sah GCP dengan harga PROMOSI RM1000 walaupun telah tamat harga promosi ( sebelum ini menjadi pengedar RM11k dan minimum pembelian emas RM10k )
> Dapat membuat tempahan terus kepada GCP tanpa melalui Dealer.7 hari seminggu & 24 jam sehari.
> Penghantaran emas & perak secara PERCUMA 100 % apabila menjadi Pengedar Sah GCP namun jika belum pengedar risiko ditanggung pembeli .
Daftar sini sekarang untuk menikmati kelebihan PERCUMA ini.

Nukilan Unknown

10 Sept 2012

Tangan yang memberi lebih baik dari menerima !




Pada 8 & 9 September 2012 GCP telah berbesar hati mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri.Hari Sabtu diadakan rumah terbuka di kediaman Tuan Shamsul sendiri manakala pada keesokkan harinya diadakan Rumah terbuka di Pejabat GCP di Nilai.


Alhamdulilah GCP menjadikan Rumah Anak Yatim & Miskin Baitul Sakinah sebagai anak angkat.Setiap bulan GCP akan bantu keperluan harian mereka.

Semoga dengan bantuan kita sebagai Dealer dan juga kepada yang membantu seterusnya menyokong GCP dapat menyuburkan saham akhirat kita nanti dan mendapat ganjaran lumayan dari Allah.Amin

Mungkin bukan rezeki dari Team Minda Emas Network tidak dapat hadir disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan.Kami mendoakan agar GCP terus menyumbang sesuatu untuk membantu umat Islam di Malaysia ini.Menjadikan Rumah terbuka Aidilfitri sebagai perkara WAJIB bagi GCP untuk setiap tahun.






Nukilan Unknown

30 Jul 2012

Pasukan Penyelidik dari Universiti Tel Aviv telah menemui peninggalan Kerajaan Islam yang lalu.Ia merupakan Dinar Emas di dalam periuk ditemui tertanam di Istana Crusader Arsur ( Apollonia ).Kubu ini terletak di antara pelabuhan Purba Jaffa dan Caesarea digunakan sejak 1241 hingga ke masa kemusnahan dalam 1265.


Khazanah tersebut terdiri daripada 108 Syiling Emas kebanyakannya Dinar bertarikh Era Fatimid ( sekitar 900 - 1000 AD ).
Nukilan Unknown

Pages