8 Aug 2012

Ar Rahnu Di Pejabat Pos Malaysia

Percaya atau tidak Pos Malaysia bukan sekadar tempat kita beli Setem atau bayar bil-bil semasa.Ini memberi faedah kepada penggemar-penggemar Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu.Walaubagaimana pun sebelum membuat sesuatu persiapkan diri kita dengan ILMU Ar-Rahnu ini.Jangan Tergadai semua nanti.


Setelah Agro Bank memperketatkan untuk Pajak Gadai mereka, semakin banyak alternatif yang boleh digunakan oleh penyimpan-penyimpan emas ini.Lepas ini sambil bayar bil bolehlah bawa barang kemas sekali.

Pos Malaysia Berhad ( Pos Malaysia ) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad memeterai perjanjian bagi membentuk kerjasama strategik dalam menawarkan perniagaan Pajak Gadai Islam ( Ar-Rahnu ) kepada orang ramai di cawangan Pos Malaysia terpilih.
Sebagai permulaan ArRahnu@POS akan mula beroperasi di cawangan Pos Malaysia di Bandar Baru Bangi dan Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu.Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd akan memperluaskan perkhidmatan itu di 50 cawangan Pos Malaysia di seluruh Malaysia dalam tempoh setahun.

Q & A
AR-RAHNU
  1. Apakah jenis emas yang diterima untuk gadaian?
  2. Semua jenis barang kemas diterima KECUALI jongkong dan syiling emas.
  3. Mutu emas manakah yang diterima untuk gadaian?
  4. Mutu emas tidak kurang dari 75%.
  5. Adakah barang kemas yang mempunyai permata boleh digadai?
  6. Ya, tetapi jumlah berat permata (anggaran) akan ditolak untuk membuat gadaian. Bergantung kepada budi bicara penilai.
  7. Kenapa Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd menerima barang emas yang mempunyai permata sedangkan Ar-Rahnu di bank-bank lain tidak menerimanya?
  8. Kerana Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd menggunakan tiga kaedah untuk menguji emas:
    • Kaedah timbang air;
    • Kaedah gores pada batu menguji;
    • Kaedah menggunakan asid.
  9. Berapakah nilai minima gadaian?
  10. Nilai minima gadaian adalah RM100.00 dari nilai emas.
  11. Berapa kadar upah simpan yang diambil?
  12. Di antara RM0.60 hingga RM0.80 (sebulan) bagi setiap RM100 nilai emas bergantung kepada nilai semasa dan tempoh pinjaman.
  13. Cara pembayaran balik pinjaman.
    • Tebus penuh;
    • Tebus sebahagian
    • Bayar ansur
    • Bayar upah apabila cukup tempoh enam bulan.
  14. Berapa lama tempoh pegangan barang yang digadai?
  15. Tempoh matang bagi pembayaran upah adalah enam bulan. Jika pelanggan ingin melanjutkan tempoh gadaian selama 6 bulan berikutnya, pelanggan perlu membayar kadar upah bagi tempoh gadaian enam bulan sebelumnya. (Nota: Upah belum ditolak dari nilai pinjaman asal )
  16. Berapakah kadar pegangan nilaian emas (sandaran untuk gadaian)?
  17. Kadar pegangan nilai emas adalah mengikut nilai pasaran emas semasa.
  18. Berapakah had pinjaman bagi seorang pelanggan?
    • Had pinjaman adalah sehingga 80% (tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan)
    • Jumlah pinjaman maksimum bagi setiap pelanggan: RM30,000 (pada hari yang sama)
    • Jumlah pinjaman terkumpul bagi setiap pelanggan: RM100,000.00.
  19. Bagaimanakah cara yang perlu dilakukan sekiranya surat gadaian pelanggan hilang?
    • Aduan perlu dibuat segera oleh Penggadai (wakil tidak dibenarkan) kepada cawangan ArRahnu@POS di mana gadaian dibuat
    • Penggadai dikehendaki mengisi borang Aduan Surat Gadaian Hilang dan hendaklah mendapatkan pengesahan Pesuruhjaya Sumpah
    • Pelanggan perlu datang semula ke cawangan ArRahnu@POS bersama dokumen di atas (item ii.) bagi mendapatkan salinan surat akuan gadaian.
  20. Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan salinan surat gadaian?
  21. Serta-merta jika kesemua dokumen seperti di no.11 (i, ii dan iii) lengkap diperolehi.
  22. Adakah penebusan boleh dilakukan oleh wakil (selain dari penggadai asal)?
  23. Ya, penebusan boleh dibuat dengan membawa Surat Gadaian Asal, Kad Pengenalan Diri Wakil (asal), Surat Kebenaran daripada Penggadai dan Salinan Kad Pengenalan Diri Penggadai. Wakil mestilah warganegara Malaysia. Penggadai akan dihubungi untuk pengesahan.
  24. Bolehkah barang yang digadai (kuantiti yang lebih daripada satu)ditebus sebahagian?
  25. Boleh, dengan syarat upah keseluruhan bagi gadaian yang dibuat perlu dijelaskan terlebih dahulu. Baki emas yang belum ditebus akan dinilai semula dan surat pajakan baru akan dikeluarkan.
  26. Syarat-syarat gadaian dan dokumen yang perlu dibawa?
    • Hadir sendiri
    • Emas sahaja
    • Warganegara Malaysia
    • Berumur 18 tahun dan ke atas;
    • Bawa pengenalan diri MyKad/ lesen memandu/ passport;
  27. Adakah tambahan pinjaman boleh dilakukan?
    • Boleh, jika penggadai tidak mengambil nilai gadaian maksimum yang dibenarkan iaitu RM100,000.00;
    • Penggadai perlu membayar upah yang dikenakan bagi gadaian yang dibuat sebelum ini;
    • Wakil tidak dibenarkan untuk membuat tambahan pinjaman.
  28. Jika barang yang dilelong mempunyai baki, adakah pelanggan boleh menuntut baki tersebut?
  29. Baki lelongan akan dipulangkan kepada pelanggan setelah ditolak kos upah.
  30. Siapakah yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut?
  31. Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkhidmatan ArRahnu@POS melalui:
    • Laman web www.pos.com.my; atau
    • Menghubungi talian khidmat pelanggan iaitu 1-300-300-300; atau
    • Menghubungi Cawangan Pos Ar-Rahnu di Cawangan Pos Malaysia Bandar Baru Bangi di talian 03-89221261 / dan Kuala Terengganu di talian 09-6224760.
  32. Bilakah waktu operasi ArRahnu@POS?
  33. Mengikut waktu operasi pejabat pos iaitu 8.30 pagi sehingga 5.00 petang (kecuali cuti umum dan sabtu minggu pertama setiap bulan).
  34. Berapakah bayaran/nilai yang perlu dijelaskan ketika barang gadaian dituntut/ditebus?
  35. Bayaran adalah seperti semasa emas dipajakkan.
  36. Bolehkah pelanggan membuat tambahan kepada nilai pajakan sedia ada sekiranya aduan ke atas kehilangan surat pajak terdahulu masih dalam proses?
  37. Tidak.
  38. Bolehkah pelanggan membuat pajakan baru sekiranya aduan ke atas kehilangan surat pajak terdahulu masih dalam proses?
  39. Boleh, tetapi tertakluk kepada jumlah terkumpul setiap individu.
  40. Apakah jaminan sekuriti yang boleh ArRahnu@POS tawarkan kepada Pelanggan yang membuat transaksi di sana?
  41. Urusniaga adalah dilaksanakan dengan telus dan di hadapan pelanggan. Ruang operasi adalah dalam premis pejabat pos yang dilengkapi kelengkapan keselamatan. Pihak ArRahnu@POS menekankan pematuhan kepada standard operasi dalam operasinya.
    Sumber : 
    http://www.pos.com.my/pos/personal/help/ArRahnu.aspx



Berminat membeli / menjual atau menjadi Pengedar GCP
Hubungi saya segera

Faizal : 019-6401493
Faceboo : www.facebook.com/mindaemasgcp
Email : mindaemasgcp@gmail.com

Security Box Dictionary berminat boleh order dengan saya.
Special Price for Dealer GCP

3 comments:

Mrs Aisha Bukafia said...

Hello semua, saya mrs aisha bukafia, saya ingin memberikan anda semua sekeping nasihat anda semua di sini tidak memohon pinjaman di mana-mana syarikat atau pemberi pinjaman di laman web ini, orang-orang di sini adalah palsu, penipu dan penipuan, walaupun sebahagian daripada keterangan di sini adalah semua palsu mereka adalah orang yang sama yang melakukan itu semua, mereka masih orang yang sama melakukannya. jadi sila berhati-hati untuk tidak jatuh yang tertipu atau menipu rakan-rakan Indonesia, saya menipu empat kali sekitar Rp10,000,000 juta bagi kos cukai dan kos insurans, tetapi selepas pembayaran saya saya tidak mendapat pinjaman saya, tetapi mereka meminta saya untuk membayar lagi dan lagi,

 Ia akan menarik minat anda untuk mengetahui bahawa ada undang-undang kewangan atau kaedah-kaedah kos ini mendapat pinjaman dari bank-bank, peminjam atau syarikat tetapi Allah bersyukur kerana saya kemudian menerima pinjaman sebanyak $ 100,000 daripada syarikat yang seorang kawan saya yang memperkenalkan saya dengan sebenar dan syarikat pinjaman dipercayai, (Emiliana WILSON pINJAMAN sYARIKAT), mereka syarikat terkemuka di Asia, mereka berada di sini untuk membantu kita semua yang telah scammed dan menipu, jadi jika anda memerlukan kredit pinjaman wang tulen lebih baik dan, sama memohon pada (Emiliana WILSON pINJAMAN SYARIKAT) atau jika anda mempunyai rakan-rakan dan memberitahu mereka untuk membantu anda untuk menghubungi mereka untuk pinjaman, okay, anda boleh mendapatkan yang sangat mudah untuk mendapatkan serendah 2% daripada pinjaman tanpa cagaran atau penjamin. Ini adalah e-mel mereka

(emilianawilson11@gmail.com) Anda boleh menghubungi mereka dengan aplikasi anda adalah baik dengan mereka anda akan mendapat pinjaman anda dalam masa 24 jam, asli cepat dan saya terpaksa membantu negara saya daripada penipuan, e-mel saya adalah (mrsaishabukafia@gmail.com) hubungan saya untuk maklumat lebih lanjut mengenai Emiliana WILSON PINJAMAN SYARIKAT, saya bersedia untuk membantu anda, Allah memberkati anda semua. NOTA all.PLEASE. NOTA, TIADA YURAN PEMINDAHAN, NO Bayaran CUKAI, NO YURAN INSURANCE) harta pemberi pinjaman atau syarikat itu tidak mengumpul charges.Allah ini memberkati kita YURAN PEMINDAHAN, YURAN NO CUKAI, NO YURAN INSURANCE) Lender sebenar Syarikat ATAU TIDAK mengumpul penutup caj penyanyi, lama hidup rakyat Malaysians negara kita dan lama hidup kepada orang yang baik di negara saya.

rese said...

facebook,com

hadhira rahma said...

Saya Mrs.Hadhirarahma, saya ingin menggunakan media ini untuk memberi amaran kepada orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia agar berhati-hati, kerana mereka banyak penipu dan pemberi pinjaman pinjaman palsu di internet. Saya ingin berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan menolong saya dengan mengarahkan saya kepada pemberi pinjaman yang tulen, setelah itu saya telah ditipu oleh beberapa pemberi pinjaman di internet. Saya hampir kehilangan harapan sehingga Tuhan menggunakan seorang lelaki yang kebetulan menjadi sepupu saya, yang kemudian menyebut saya sebagai pemberi pinjaman yang sangat dipercayai bernama Puan Asmara meminjamkan pinjaman tanpa jaminan berjumlah 500 juta rupiah Indonesia (Rp 500,000,000) dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan dan hanya pada kadar faedah 2%.

Saya sangat terkejut ketika memeriksa baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah yang saya minta telah dihantar terus ke akaun saya tanpa berlengah lagi. Kerana saya berjanji bahawa saya akan menyampaikan berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Oleh itu, jika anda memerlukan pinjaman, hubungi dia melalui e-mel: (asmarahasanloancompany@gmail.com) dan dengan rahmat Tuhan dia tidak akan mengecewakan anda untuk mendapatkan pinjaman jika anda memenuhi syarat.

Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya: (hadhirarahman@gmail.com) Akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi pembayaran pinjaman yang saya hantar terus ke akaun bulanan. Itulah sebabnya Tuhan Yang Maha Kuasa akan sentiasa memberkatinya

Post a Comment

PERINGATAN: Minda Emas Network tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui blog ini. Ia mungkin pandangan peribadi pengunjung dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengunjung.Terima Kasih dengan komen anda.

Pages