Gold Bar GCP

Gold Bar GCP

Purity 999.9.Berat 1g,10g,20g,50g.100g

Gold Bar GCP
Kasturi Emas

Kasturi Emas

Wangian Sunnah Kasturi Emas,kasturi putih dan Al-Jannah

Kasturi Emas
Dinar GCP

Dinar GCP

Purity 999.9.Berat 4.25g.Diameter 23mm

Dinar GCP
Silver Bar

Silver Bar

Purity 999.Berat 10g,20g,50g,100g

Silver Bar
Dictionary Safety Box

Dictionary Safety Box

Berat 0.68kg,Saiz 23cm

Dictionary Safety Box
Tukar Ke Simpanan Emas

Tukar Rokok ke Simpanan Emas

Daripada beli rokok lebih baik MULAKAN simpana Emas

Tukar Rokok kepada Simpanan Emas
Showing posts with label artikel.emas. Show all posts
Showing posts with label artikel.emas. Show all posts

22 Apr 2014

Di sini saya ingin berkongsi dengan rakan pembaca tentang strategi yang digunakan oleh rakan untuk memiliki rumah dengan Emas.Perkara ini memang boleh dilakukan asalkan kita ada ilmu, ada mentor, konsisten dan disiplin yang tinggi.

Kredit gambar Pakcik Google

Bagaimana memiliki rumah dengan Emas ?

Saya mula menyedari kelebihan Emas sejak tahun 2009 dan pada tahun 2010, saya membeli 1 keping dinar Emas 916 pertama saya pada harga lebih kurang RM560.

Sehingga awal tahun 2011, saya telah berjaya mengumpul 7 keping dinar.Pada ketika itu harga sekeping  dinar 916 telah mencecah lebih kurang RM 700 sekeping. Jadi dari segi nilaian Ringgit Malaysia saya sudah mempunyai RM 4900 Matlamat saya sangat jelas, saya ingin memiliki rumah pertama saya. Setelah meneliti beberapa faktor seperti kemampuan bayaran bulanan, saya memilih untuk membeli rumah terpakai iaitu sebuah apartment kos rendah

Contoh Pengiraan :

Harga apartment Kos Rendah = RM60,000
10% Bayaran Pendahuluan      = RM6,000
3% dibayar semasa booking    = RM1,800
Baki bayaran                          = RM3,200

Jadi bagaimana Dinar Emas membantu saya menyelesaikan baki bayaran pendahuluan.Saya tidak mahu jual Dinar, sayang pulak nak jual.Jika saya jual semua Dinar saya pada ketika itu saya mampu memperoleh sekitar RM4,900.Jadi saya pun berjumpa dengan penjual rumah, berbincang dengan beliau saya menyatakan hasrat saya untuk membayar baki bayaran pendahuluan secara ansuran dengan mencagarkan 7 keping dinar saya pada beliau.

Lebih kurang 7 bulan selepas perjanjian dibuat, saya telah dapat menebus semua ke tujuh-tujuh dinar saya secara beransur-ansur.Alhamdulilah 6 keping dinar masih di dalam simpanan saya.Dan pastinya harga pasaran sekarang lebih tinggi dari 2 tahun lepas.

* Data dan maklumat bergantung kepada harga pasaran Emas dan Hartanah pada hari ini.Ini adalah salah satu strategi rakan yang memiliki rumah tanpa kehilangan Emas disimpan.Carilah guru ataupun mentor yang boleh dibimbing.




Nukilan Unknown

19 Jul 2013


Rahsia Emas By Azizi Ali

Pelabur Emas memang ramai tapi sedikit sahaja yang berjaya menjana kekayaan yang sebenar.
Emas adalah satu logam yang amat berharga, dari dahulu, sekarang dan selamanya.Itulah sebabnya digalakkan kita 
melabur di dalam emas.

Tapi sebelum melabur, pastikan anda ada ilmunya dahulu.Azizi Ali sendiri pun telah habiskan pembacaan lebih daripada 50 buah buku tentang pelaburan emas. Barulah beliau kemudiannya melabur di dalam emas.

Itulah betapa tingginya ilmu diletakkan oleh beliau sebelum melakukan sesuatu.Rahsia Emas adalah hasil pengalaman dan ilmu Azizi Ali.

Makin lama nilai emas makin meningkat dan da;am beberapa tahun mendatang nilainya bakal meningkat berganda-ganda lagi.

Jadi tidak ada pertanyaan lagi sama ada anda perlu melabur di dalam emas kerana jawapannya ialah YA ! YA ! YA !

Malangnya dalam keghairahan melabur, terlalu ramai orang yang tersilap langkah.Oleh kerana ilmu mereka tentang emas terlalu cetek atau tidak wujud langsung, ramai orang yang telah tertipu dan menanggung kerugian - walaupun harga emas naik dan terus naik !

Dalam keghairahan kita melakukan pelaburan emas kita dapat lihat ramai juga di antara orang kita yang kerugian besar seperti :

- Menjual semula emas dengan harga yang rendah daripada harga yang dibeli.

- Emas yang dibeli rupa-rupanya tidak seasli seperti yang didakwa.

- Ditipu dengan skim-skim pelaburan emas

- Dan banyak lagi kes kerugian.

Siapa saya dan bagaimana saya boleh membantu anda.Kenali SAYA.Tempah SEKARANG.



Nukilan Unknown

4 Jul 2013

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Harga Emas turun mengila ! Ada yang panik ke ? Inbox saya pun bertubi-tubi pelanggan bertanyakan setiap hari ' Hari ini harga Emas berapa ye '.Bagi penyimpan emas tegar dari dulu,dah tak ambil pusing dengan harga emas naik atau turun.Yang penting bagi mereka ada simpanan emas dan bila perlu untuk bisnes lain mereka akan invest ke bisnes lain menggunakan simpanan emas tadi.

Di sini saya ingin terangkan 3 jenis Harga Emas Semasa :

--->> Spot Price iaitu harga bahan mentah.Salah satu rujukan kami di www.kitco.com.Saat yang paling baik bila dapat fizikal pada waktu ini.Lepas itu ada duit proseslah sendiri. :)

--->> Company Price - terdapat 2 harga, Harga Customer dan Harga Pengedar.Salah satunya company Goldcrest Pavilion ( GCP ).Di web GCP terdapat harga pelanggan dan harga dealer ( boleh lihat harga apabila menjadi pengedar.

--->> Harga Kedai Emas - Harga lebih mahal sedikit dari jenis di atas.Ini disebabkan oleh peruncitan seperti kos utility,kos sewa kedai dan kos upah design yang agak tinggi.Sebab itu design emas di kedai emas lagi kaboom dan menarik berbaloi dengan harganya.Contoh PohKong,Tomei,HabibJewel dan sebagainya.

Buka Minda :

- Jika anda inginkan rantai leher 20 gram purity 999 sebagai perhiasan ditambah design yang menarik dan menarik jadi bolehlah mencari kedai emas terdekat seperti PohKong atau Tomei.Sudah pasti harga lebih tinggi dari GCP ( tiada kos UPAH ).

- Jika anda ingin membeli rantai tangan 10 gram sebagai pelaburan sesuailah kiranya anda memilih company seperti GCP kerana harganya jauh lebih murah.Tambah-tambah murah lagi apabila anda menjadi pengedar.

Oh lagi satu ada yang bertanya tentang pelaburan Emas,beli Emas bukan seperti beli hari ini kemudian esoknya dah nak jual dan mengharapkan pulangan dengan segera.seperti Skim Cepat Kaya ke.Kalau kita sanggup tunggu ASB selama 20 tahun untuk mendapat pulangan samalah juga konsep simpan emas ini.Yang penting Emas fizikal berada di genggaman kita.Tunggulah sekurang-kurangnya 12 bulan untuk mendapat pulanggan yang memberangsangkan.



Nukilan Unknown

29 May 2013

Sebuah rancangan bual bicara berkenaan EKONOMI ISLAM yang diHOS kan oleh USTAZ HUSNAINI bersama En MOHD SAMSUL ANUAR MD. ALI (Pengasas Gold Crest Pavilion - Emas GCP), USTAZ MOHD ZAKI ABD. HAMID (Tenaga Pengajar Maahad Tahfiz), USTAZ MOHD KHAIRUL AMRI B HELMI AZHAR (Pengetua Sek Men Islam As-Syakirin), USTAZ MOHD KHAIRULLAH HASHIM (Pendakwah) . 

Banyak info menarik dan berguna dapat dikupas dari Rancangan ini. Saksikannya di Channel 113 HikmahTV, HyppTV Unifi tidak lama lagi dalam 13 episod. 

Antara tajuk-tajuk :
Episod 1 :HIKMAH HARTA
Episod 2:REVOLUSI EMAS DAN PERAK
Episod 3 POTENSI EMAS DAN PERAK
Episod 4: MATA WANG ASHABUL KAHFI
Episod 5:PERHIASAN AHLI SYURGA
Episod 6: ZAKAT DALAM ISLAM
Episod 7 : ZAKAT EMAS DAN PERAK
Episod 8 :RIBA' EMAS
Episod 9: PENJANAAN EKONOMI 
Episod 10: PELUANG KEEMASAN
Episod 11:KUASA MEMBELI, KUASA PENGGUNA
Episod 12:NIKMAT KEKAYAAN
Episod 13: PENGARUH HARTA

Sebahagian video bual bicara



Nukilan Unknown

27 May 2013



Anda mungkin ditipu tanpa sedar jika tiada ilmu tentang gred emas.Anda boleh rujuk gred Emas dipaparkan di atas.Bagi peminat atau pengumpul barang kemas yang suka membeli di kedai-kedai di luar sana anda mungkin ditipu secara senyap.Anda perlu tahu apa itu emas 999,916,875,835,750.Ini adalah penanda kandungan emas dalam rantai tangan,rantai leher dan sebagainya.

Jika Emas 999 bermaksud kandungan emas mestilah 99% emas dan 1% campuran bahan lain sama ada perak,tembaga atau logam lain yang bukan emas.Jika emas 916 bermaksud kandungan emasnya adalah 91.6% dan 8.4% lagi campuran logam bukan emas.Itu sebab kebanyakkan barang kemas adalah Emas 916 dan Emas 999 (rapuh) sesuai dijadikan Gold Bar untuk pelaburan atau simpananSekarang harga emas 999 sekitarRM155/gm dan emas 916 sekitar RM145/gram


Cara kedai emas konvesional menipu adalah,lihat emas 835 dan 750 itu berapa segram dan anda mahu beli emas 916 tapi diberikan emas ini 835 atau 750 dengan harga murah di bawah harga pasaran sebenar 916 RM145/gm.Kebiasaannya kurang dalam RM10-15/gm
.Esok-esok bila sesak nak pakai duit sedikit dan masukkan item ke pajak gadai.Baru tau emas itu bukan emas 916 tapi bermutu lebih rendah dari emas 916 yakni emas 835 atau 750.Yg betul-betul campurannya memenuhi spesifikasi yg ditetapkan cuma di cangkuk rantai itu sahaja manakala body rantai emas lebih murah emas 835/750.Ini yg sering berlaku pada yang suka membeli emas di kedai-kedai konvesional.Bkn semua kedai emas konvesional buat begini tapi kebanyakan mereka mengguna modus operandi ini dalam berniaga untuk meraih keuntungan lebih berlipat kali ganda.

Disarankan sebelum membeli eloklah bawa orang yang mahir tentang emas atau buat surat perjanjian."Sekiranya saya beli emas ini dan saya dapati kualitinya tidak sama dengan emas sebenar,kamu pekedai mestilah menukar semula item ini dengan yang lain yang sama kualiti.Sekiranya kamu enggan saya akan bawa kes ini ke meja perundangan."Kalau tak ada surat,anda dah beli...keluar dari premis sahaja andai anda ditipu.

Cara mengetahui kadar emas dan campuran logam bukan emas untuk rantai tangan emas 916,berat 51 gram ?

Emas 916 = Emas 22 karat
22/24 x 51 = 46.749 @ 46.75
> 46.75gm itu adalah emas
> 4.25gm itu adalah campuran sama ada Perak,Tembaga atau logam selain emas.

Kalau nisbah campuran ini tidak betul, label sahaja emas itu Emas 916 tapi realitinya ia bukan Emas 916 tapi bawah daripada itu emas 835/750.

Item yang bawah 10gram kebawah memang sukar untuk mendapat bacaan yang sepatutnya.Biasa item bawah 10gram ini bacaanya akan pergi pada emas 875.Yang kes begini peniaga itu bukan menipu tapi masalah pada emas itu sendiri masalah dengan ketumpatan emas dan udara.Jika bacaan dapat emas 875 ini tiada masalah.Biasanya emas yang bawah 10gram kebawah sahaja punya masalah seperti ini.\

# Anda tidak perlu risau kerana dengan GCP anda boleh membeli emas penuh keyakinan dan tanpa kos UPAH.
Penghantaran PERCUMA.Anda hanya perlu dail/SMS 0196401493 untuk maklumat lanjut dan layari Facebook Kami di www.facebook.com/mindaemasgcp


Nukilan Unknown

22 May 2013



Kami mendapat maklum balas yang berbunyi ' Saya nak tanya apa yang membolehkan kita perlu membayar Zakat Emas ?.Kami merasakan masih ramai yang masih kurang jelas tentang bayaran zakat Emas.Anda tidak perlu risau atau khuatir untuk membayar zakat Emas kerana ia akan menyuburkan harta anda.

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)


Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150

2. Emas yang dipakai


Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9


“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35


Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) 


- Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh ajurkan ke Fan Page rasmi kami di www.facebook.com/mindaemasgcp.

# Kini anda boleh order EMAS secara online melalui paparan shopping cart di atas blog ini.Semudah ABC untuk membeli Emas dan mengukuhkan ekonomi Ummah.
Atau hubungi/sms ke 019-6401493
Nukilan Unknown

31 Mar 2013

Hari yang sungguh indah sambil membaca Kosmo Online.Mata tertarik dengan artikel ' 20 tahun hidup tanpa wang '.Dalam minda boleh hidup ke orang ini tanpa wang.Jom kita baca artikelnya



Daniel Suelo, 51, menggunakan semua wangnya sebanyak RM90 di sebuah pondok bagi memulakan memulakan hidup baharu di sebuah gurun di Moab, Utah, Amerika Syarikat (AS).
Kehidupannya menjadi inspirasi kepada ribuan rakyat AS yang kini menderita akibat kegawatan ekonomi negara yang mendapat jolokan Uncle Sam itu.
Menurut Mark Sundeen, seorang penulis buku dan rakan Suelo, dia telah menulis buku biografi berkenaan rakannya itu selepas bersamanya selama beberapa tahun.
Penulis buku yang bertajuk The Man Who Quit Money itu mengakui dia terputus hubungan dengan Suelo selama beberapa tahun sebelum mendengar rakannya hidup tanpa wang sambil berfikir rakannya sudah gila atau menghidap penyakit mental.
Namun, selepas berlaku kegawatan ekonomi pada 2008, Sundeen mula cuba untuk memahami cara rakannya itu.
"Sistem kewangan kita terlalu kompleks membuatkan pakar kewangan tidak mampu mengawalnya sehinggakan kita seakan-akan menjadi hamba kepadanya lagi buruk kita tidak mampu untuk mengawalnya.
"Secara fakta, kehidupan manusia memerlukan wang sehingga untuk mendapatkannya kita menodai nilai-nilai kemanusiaan," ujarnya.
Menurut blog Suelo, dia mencatat falsafah hidupnya:
"Saya tidak menggunakan wang atau melakukan sistem barter untuk meneruskan hidup.
Buang pasport
"Matlamat saya hanyalah mengoptimumkan sumber semula jadi untuk memenuhi keperluan semasa sedangkan sistem kini direka membuatkan manusia mengejar wang semata-mata," katanya.
Tegasnya, sistem kapitalis membuatkan sesiapa sahaja perlu mengikutinya dan bersalah untuk meninggalkannya.
Selain tidak lagi menggunakan wang, dia membuang pasport yang dimiliki selain menukar namanya Shellabarger kepada Suelo.
Sejak itu, dia tinggal di gua atau khemah sambil ditemani haiwan liar atau menetap di rumah individu yang tidak dikenali.
Untuk beberapa tahun, dia menetap dalam gua di Taman Negara Arches, Utah.
Alas tilam Suelo hanyalah batu, berburu haiwan untuk makan dan minum air gua.
Dia juga mempelawa sesiapa sahaja untuk menetap bersamanya dan menu makanan utama hanya bunga-bungaan dan biji kaktus.
Suelo bukan dilahirkan dalam keluarga nomad atau gipsi sebaliknya berasal daripada persekitaran normal.
Semasa menuntut di universiti Suelo percaya wang tidak boleh membeli segalanya termasuk menguasai dirinya.
"Dia ingin individu lain mengikuti jejak langkahnya selain membuktikan kepada dunia bahawa dia boleh hidup tanpa melakukan sebarang urus niaga berkaitan wang," kata rakannya Damian Nash.
"Hidup saya berubah sama sekali. Saya pernah mendapat kembali cukai pendapatan berbentuk cek pada 2001 tetapi cek itu dikoyakkan.
"Semua itu tidak mempunyai erti dan hidup sebegini lebih tenang dan mendamaikan," katanya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ingin menambah stok EMAS anda untuk masa depan.Jangan malu-malu untuk contact 019-6401493 dan LIKE FB Minda Emas Network.
Nukilan Unknown

25 Mar 2013




Kategori Peniaga emas :

Ada 3 kategori peniaga emas :

(1) Menjadi peniaga emas kerana hendak menjual semata-mata dan beroleh keuntungan segera

(2) Menjadi peniaga emas kerana ingin menjadi sebahagian peng”edar ” emas sambil berkongsi info mengenai sebab dan kepentingan menyimpan emas.Fokus utama ialah mendidik masyarakat tenteng kebaikan menyimpan emas,dan biasanya peniaga jenis ini tidak akan kisah jika tidak dapat menjual emas kerana yang penting info telah disampaikan.

(3) Peniaga emas yang kekurangan info,hanya menjual dan memberi info yang kurang tepat kerana malas menuntut ilmu mengenai simpanan emas atau mungkin ada ilmu tetapi malas nak menyampaikannya.


> Memang menjadi peniaga emas perlu banyak kesabaran kerana orang ramai masih belum celik emas dek mentaliti yang telah dipupuk sejak kecil (diajar menabung wang kertas,syiling dari kecil dan "kejayaan bank" meyakinkan orang ramai mereka adalah institusi simpanan yang terbaik,sedangkan tidak ramai yang tahu rahsia bank yang sebenar dan bagaimana mereka buat duit dengan meniagakan wang kertas! )
Nukilan Unknown

Pages