Soalan Lazim


Persoalan & Jawapan

1. Pengedar sah GCP mempunyai keistimewaan untuk membeli emas dgn harga pengedar (DP)
Contoh :

HARGA RANTAI TANGAN 999
Harga Pengedar (DP) : RM132.00/g
Harga Pelanggan (CP): RM142.56/g
( tambah 8% daripada harga Pengedar)

HARGA DINAR GCP 999.9
Harga Pengedar (DP) : RM600.00
Harga Pelanggan (CP): RM625.00 ( tambah RM25.00 daripada harga Pengedar)

HARGA JONGKONG EMAS PAMP SUISSE 100g
Harga Pengedar (DP) : RM12,480
Harga Pelanggan (CP): RM13,478 ( tambah 5% daripada harga Pengedar)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
> beza 8% hanya tertakluk pada RT 999 sahaja??
> beza 5% tuk jongkong hanya pada 100g sahaja??

Jawapan :

1)Diskaun 8% utk RT & Bar GCP 999.
2) Pamp suisse tu tiada harga pelanggan. Pengedar boleh jual ikut harga pasaran semasa atau ikut harga pesaing. Utk mengetahui harga pengedar sila hubungi GCP kerana harga pamp suisse berubah setiap 30minit. Harga utk dealer pamp suisse mengikut harga loco london + 1.5%

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan 2 : Spread gcp brape ye?

Jawapan :

Spread GCP utk emas 999 yg hot market dan jadi kegilaan ramai hanya 5% dan yg org tak gila sgt 6.5%. Ada soalan kenapa yg kecik spread rendah, yg besar spread tinggi? Sebabnya nak bagi ramai dealer gcp kaya dan berjaya dgn short term investment.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 3 :Apa antara kelebihan menjadi pengedar GCP?

Jawapan :

GCP menyediakan modal utk dealer yg aktif. Tak perlu susah hati jika tiba2 rezeki dtg, customer nk order byk. Dealer jadi tokey besar. GCP hantar hingga depan pintu rumah customer. Dealer check akaun jer tgk profit yg masuk. Memang berbaloi-baloi. Ramai yg dah KAYA dan BERJAYA menggunakan sepenuhnya kemudahan yg GCP bagi.
Ada dealer GCP hanya bermodalkan komputer dan internet sahaja berjaya menjana keuntungan puluhan ribu malah ratusan ribu ringgit sebulan hanya menggunakan sepenuhnya keistimewaan sebagai dealer GCP. Fast action fast result. Anda buat anda dapat.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4.Bisnes apa ni?

 GCP adalah sebuah syarikat yang menawarkan kepada kita emas dalam bentuk barang kemas 999,dinar 999 dan gold bar 999.9 dari berat 1 gram (sekitar RM220+) sehinggalah ke 100g.Konsepnya adalah simpanan untuk jangka masa panjang demi mengukuhkan ekonomi kita dan melindungi wang kita dari susut nilai dan kalis inflasi.Ianya ada kaitan dengan wang kertas yang sebenarnya bukan matawang yang bernilai pada hakikatnya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5.Berapa saya boleh dapat duit bulan-bulan?

Kami tidak menjanjikan kepada anda duit bulan-bulan,pulangan,dividen dan sebagainya.Konsepnya sama macam kedai emas,beli emas dapat emas,dan simpanlah emas tersebut.Bezanya dengan modal yang rendah anda sudah layak menjadi dealer.
Nak duit lebih,ada caranya,anda usaha,anda dapat.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6.Bagaimana saya untung?

Beli dan simpan pun dah untung,kalau nak lebih keuntungan bolehla sambil menyimpan meniaga emas.Tapi ada syaratnya,kena ada ilmu dulu tentang emas ni,barulah boleh meniaga.Meniaga emas bukan macam meniaga barang lain,ianya amat istimewa dan mempunyai perkaitan dengan rahsia wang kertas,ini yang perlu anda pelajari.Hanya orang yang sabar yang akan melepasi tahap ini.Saya akan membantu menjawab persoalan yang bermain di minda anda jika anda masih tidak faham.
Saya menyediakan platform yang cukup baik untuk anda bermula,antara nak dengan tak nak sahaja.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7.Kena cari downline ? MLM ke ?

Tidak,ini bukan perniagaan MLM.Dan anda tidak perlu mencari downline.Apa yang perlu anda lakukan ialah berkongsi ilmu tentang simpanan emas dengan orang ramai,mulakan dengan orang yang anda kenali,sama ada rakan-rakan mahupun saudara-mara (ini jika anda berminat untuk menyimpan sambil menjana keuntungan sebagai pengedar).
Keahlian seumur hidup dan hanya sekali sahaja bayar.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8.Apa yang saya dapat dengan bayar RM1K tu?

(Promosi menjadi dealer GCP dengan hanya RM1k adalah sehingga 13/05/2012)
-Layak dapat harga dealer yang jauh lebih murah dari harga pelanggan,inikan pula dengan harga di kedai emas,jauh panggang dari api
-Biz kad dan id
-Kos penghantaran percuma produk-seumur hidup,siap ada jaminan jika hilang/tak sampai kepada anda
-Kos penghantaran percuma kepada pelanggan anda,namun anda bertanggungjawab jika produk hilang/tak sampai
(so far saya menggunakan keistimewaan ini,semuanya selamat sampai)
-Seminar di tempat anda,ditaja oleh GCP,hanya perlu maklumkan tarikh dan carikan tempat,semuanya ditanggung oleh GCP.
-Modal untuk membeli emas terpakai…dan banyak lagi..(jadi dealer dulu baru boleh rasa sendiri  )

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

9.Pernah terbaca komen bos GCP yg barang kemas tanpa resit akan dikira sebagai used item.Resit yang dimaksudkan tu resit dari GCP atau resit yang dealer keluarkan tu?

1. Utk jualan buy back brg gcp, pihak gcp perlukan resit belian yg dikeluarkan oleh pihak gcp semasa pembelian dahulu. Sekiranya resit tersebut hilang pihak kami terpaksa membeli brg tersebut dgn hg used gold.
2. Utk kes brg beli dr A jual kpd org B pun begitu. Customer mesti tunjukkan resit beliannya dahulu dr dealer mana.
Tujuan :
1. Security bg pihak syarikat bhw brg tersebut adlh brg GCP ( x nak ada org yg ambil kesempatan membandingkan hg dgn syarikat lain
Sbb syarikat emas baru tumbuh bak cendawan, brgnya sama)
2. Ditakuti brg curi ( kalau nak jual dgn kedai cina pun tokey nya mesti mintak resit sbb takut brg curi)
Harap apa yg dijelaskan semua pihak berpuas hati. Jadi slps ini perlulah segala resit disimpan dan difailkan. Tq
InsyaAllah boss GCP akan tambah apa2 yang patut dan jawapan2 lain jika ada...tq..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10."tumpang tanya.mana untung simpan atau jual pamp suisse berbanding gold bar?terima ksh."

Pamp suisse utk simpanan jangka pendek amat sesuai krn spread yg rendah.
Pamp suisse tu spread kecik utk 100g jer bawah 100g spread besar. Kalau yg minted terbuka sealnya dikira harga used gold.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

11."THANXS bro,erm kenape spread tinggi sangat yer?"  

Spread GCP berbeza-beza adalah strategi perniagaan yg mana dealer perlu ada target menggunakan emas sbg pelaburan atau perniagaan. Utk pelaburan gcp menyediakan spread yg rendah spt pamp suisse dan brg kemas 999. Utk perniagaan pula gcp sediakan barang kemas 916. Kebanyakan pelanggan menggunakan harga emas di kedai sbg rujukan. Oleh yg demikian dealer perlu bijak mengatur strategi utk menarik pelanggan yg offline dan online.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 12 -22 ialah soalan yang saya dapat dari seorang bakal dealer GCP yang ingin menyertai rangkaian Jutawangold,semoga membantu.

12. kadar komisyen dealer kira camne?setiap barang bape komisyen dapat?boleh tak bg detail pada sy.

GCP menawarkan kepada kita harga runcit,jd kita boleh dapat untung terus,dan boleh tentukan nak jual berapa pada pelanggan,sebagai contoh,untuk 10g gold bar kita dapat pengurangan harga rm150.

13. klu pos ke dealer sebarang kehilangan company tanggung ke? 

penghantaran kepada dealer,jika berlaku apa2 tanggungan company sebab ada jaminan
penghantaran kpd pelanggan pula adalah tanggungjawab dealer.

14.klu nak lock, selain web, apa kaedah lain? 

Selain guna web,boleh juga guna telefon,boleh rujuk doc bertajuk "checklist dealer GCP" dan simpan no2 berkenaan.

15.payment klu dah lock kena buat dalam tempoh berapa lama?

Dalam masa 24 jam

16. ada kena blacklist ke macam PG klu xsetel payment? 

Iye,jika lebih dari tempoh yang diitetapkan,namun staff akan menghubungi dealer terlebih dahulu.

17. berapa kali GCP ubah harga?setiap jam berapa? 

2 kali sehari,biasanya untuk pukul 10 am,sekitar pukul 9.30-9.45 dah berubah,begitu juga untuk harga bagi pukul 6pm.

18. klu ada dealer masuk bwh sy,apa benefit sy dapat? 

akan dapat rm100 sebagai ganjaran dari syarikat.Jika dapat perkenalkan minimum 10 orang dalam msa sebulan,akan dapat bonus pula.
contoh:
perkenalkan 15 org
-ganjaran=rm1500 + bonus rm1500=rm3000

19. klu nak buat buyback pada company kena g nilai kan? 

iye,selain itu,boleh juga tawar dahulu kepada end user,dealer,nak pos pun boleh.

20.siapa assayer GCP? 

tiada.tapi emas gcp diakui tulen.

21 camne nak jd dealer dgn 1k tu?buat payment camne?n nak register camne? 

daftar di web,bayar ke akaun GCP dan masukkan detail introducer,boleh rujuk doc bertajuk "notes /penerangan ttg GCP

22. klu lama dealer tak aktif membeli dealership kena terminate ke? 

GCP tidak mengamalkan sistem terminate..keahlian seumur hidup

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

23.Saya ada 2 soalan.( dari Group Facebook )

1. Knp makin berat barang, spread makin naik? Ikut logik makin byk beli ptt makin rendah lah spread supaya customer pun nk beli byk2 dab besa2 (mcm syarikat satu lg).

2. Masa mula2 GCP keluarkan bar baru GCP, sy ada buat calculation spread dealer ada yg serendah 4.4%. Dan ini antara point utama sy guna untuk cari dealer baru. Dan spread terendah ini juga yg menjadi kelebihan utk jadi dealer GCP dari syarikat lain. Tapi skrg semua spread sudah naik??

Jawapan2 :-

-sykt milik penuh org Islam...(klu org tue yg jenis memilih sikit laa)
-kalau jd dealer...dpt beli dgn hrga yg murah...
-penghantaran takde charge...even bli 1g pon diorg hntr...xde masalah..
-kalau tak jual pon...untung kpd diri sendiri..sbb dpt beli pd hrga murah...bg sy..spread adalah perkara kedua...kalau plan nak simpan lama..apa ada hal dgn spread?bukan nya beli hari nie..nak jual balik minggu depan...ke guane?
-kalau die nak untung lg..niagakan la emas tue...kongsi cerita dgn rakan2...family..
-kalau tanak jual pon...beli harga murah (hrga dealer) lepas tue duduk diam2...lagi 5 taun ka...10 taun ka...boleh jual blk..
itu antara point2 yg terlintas setakat nie... :)

Shamsul Anuar Md Ali ( Managing Director GCP )

Sebab kat GCP ramai giler yg beli barang kecik 10g - 30g. Sbb tu spread 5%. Yg 50g dan 100g tak ramai yg beli sbb tu spread 6.5%. Spread utk customer besar supaya dealer belajar berniaga mcm kedai emas. Bukan hanya melabur utk dapat jual balik kat company dgn spread 5% aje. dalam paper pun sy tulis nak lahirkan 1000 jutawan emas tahun ni yg pandai meniaga mcm tuan sebol tu. Nak clear lagi dtg seminar atau jumpa sy kat nilai. Tak pandai nak tulis banyak2 :)
Jadi soalan pertama sudah terjawab. Semakin berat barang semakin kurang mampu org membeli. Semakin kecik barang semakin banyak org membeli. Jadi yg banyak org beli tu lah sy kecikkan spreadnya. Soalan yg kedua: spread utk bar 10g dan 20g masih sama. Cuma yg berubah bar 50g dan 100g sebab spt yg sy jelaskan di atas iaitu tak ramai yg beli walaupun masa spread rendah dulu. Alhamdulillah semua strategi sykt terbukti berkesan walaupun byk sykt baru tumbuh utk bersaing dgn GCP.

Fauzi Mohd Darus

Bak kata boss GCP lagi, lihat apa yg GCP buat dengan mata hati. Jangan ingat apa yg GCP buat takde makna kepada dealer dan juga pelanggan.
Spread kecil untuk emas kecil sebab nak menggalakkan orang beli emas tersebut. Dan harganya pulak murah supaya lebih ramai orang (customer) boleh beli emas. Dan lebih mudah orang (dealer) untuk menjual emas.
Sebelum ni saya pun tak nampak perkara ni. Tetapi selepas diterangkan dalam seminar yg lepas di Kuala Lumpur, baru saya tahu kenapa GCP buat begitu, dan begini.

24. Bagaimana nak promote GCP?

Fauzi Mohd Darus

Tak ramai orang tahu pasal GCP sebenarnya (dlm skop lingkungan kwn2 saya la). So apa yg saya buat di FB saya adalah saya memperbanyakkan cerita pasal emas dan juga GCP. Daripada situ orang akan yakin yg kita tahu byk pasal GCP. Build the relationship dengan kawan2 di FB. Mereka akan tertarik dan akan bertanya apa kelebihan GCP dan apa beza GCP dengan company lain.
Bagi saya utk jawab soalan macam ni saya akan tanya dulu apa tujuan mereka dalam emas. Nak meniaga emas, atau nak beli sebagai simpanan atau pelaburan. Daripada situ baru boleh cerita lebih detail setiap perbezaan dan kebaikan kedua2nya.

Kalau meniaga, saya akan cakap yg harga dealer emas lagi murah daripada harga customer. Tersangat2 murah.. Even kalau dibandingkan dengan syarikat lain pun tak boleh nak bersaing harga dengan emas GCP.

Kalau simpanan, yakinkan customer yg kita akan beli balik emas GCP yg kita jual kepada mereka. Kalau mereka cakap harga beli balik GCP murah, bagitahu mereka yg mereka boleh jual dekat group2 emas di FB seperti Gold Lot Shop.

Apa yg penting, build relationship yg baik dengan orang dan sentiasa tingkatkan ilmu dalam emas. So that orang akan yakin dengan kita. Phew~!

25.soalan: Sebelum lock, perlu masukkan deposit dulu ker? Boleh tak saya masukkan jer payment, lepas tu baru lock? - first time buat ni...

lock dulu ..pastu buat payment.. tip :klu utk gold bar/dinar (yg hrganya dh fix,byr je full trus)..klu utk brg kemas(tk tau brapa berat sbnr yg hndk dihntr)..ada 2 pilihan..byr 10% dulu..atau nk cpt..call staff gcp...suruh dia bgtau berat yg dia nk hntr kt kita...bank in sekaligus..sng....nk cpt..tel staf..bgtau time bank in..

26.Soalan: Adakah perlu check Ready Stock ker untuk beli PAMP Suisse? Setakat ni saya tak pernah lihat PAMP Suisse ada dalam STock Ready page.

tk perlu ...kita blh call direct pd staff...dan order...klu tk ada..mereka akan bgtau...

27.salam, nk tumpang bertanya.....gcp amik pamp suisse client 5g brape skrg?yg dlm web tu arge dealer kn? 5g RM 905(jual) RM 860(beli). ? tq. 
*ada member bukan ahli GCP yg nk jual pamp dia&bertanya

Beli dari client ikut harga used gold jer pastu jual semula pada client baru dgn harga market fgjam, kalu takder yg minat baru jual kat gcp ikut harga gcp beli. :)

29.emas gcp di iktiraf sampai level mana?

Emas gcp diiktiraf pada ketulinannya. Hantar kat kedai emas seluruh dunia akan beli mengikut ketulinan emas tersebut.

30.klu kita beli emas di gcp bila kita nak akad jual beli?

Apabila kita lock dlm sistem, itu merupakan kontrak atau akad jual beli antara pengedar dan gcp. Utk lebih jelas rujuk parameter pelaburan emas oleh jakim.

31. ada cstm tanya, gcp daftar dgn sc x ?

Berniaga emas tak perlu daftar dgn SC. Daftar dgn SSM aje.

32.Yg AMLA and BAFIA tue? itu dr SC ke?

AMLA = akta penggubahan wang haram. BAFIA = akta bank dan institusi kewangan.
Kalu nk jadi mcm bank kutip duit org ramai, buat skim pelaburan dan bagi pulangan atas duit yg dikutip perlu dapat kebenaran BNM dan SC. Kalu berniaga sahaja hanya perlu daftar dgn SSM sahaja.
Ringkasannya, SC lebih kepada syarikat yang menganjurkan skim pelaburan, ada syer lembaga pengarah, yang menganjurkan unit amanah dan yang tersenarai di bursa saham..

Antara soalan & jawapan di Facebook Pengedar GCP

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Minda Emas Network tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui blog ini. Ia mungkin pandangan peribadi pengunjung dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengunjung.Terima Kasih dengan komen anda.

Pages