Gold Bar GCP

Gold Bar GCP

Purity 999.9.Berat 1g,10g,20g,50g.100g

Gold Bar GCP
Kasturi Emas

Kasturi Emas

Wangian Sunnah Kasturi Emas,kasturi putih dan Al-Jannah

Kasturi Emas
Dinar GCP

Dinar GCP

Purity 999.9.Berat 4.25g.Diameter 23mm

Dinar GCP
Silver Bar

Silver Bar

Purity 999.Berat 10g,20g,50g,100g

Silver Bar
Dictionary Safety Box

Dictionary Safety Box

Berat 0.68kg,Saiz 23cm

Dictionary Safety Box
Tukar Ke Simpanan Emas

Tukar Rokok ke Simpanan Emas

Daripada beli rokok lebih baik MULAKAN simpana Emas

Tukar Rokok kepada Simpanan Emas
Showing posts with label Pengiraan. Show all posts
Showing posts with label Pengiraan. Show all posts

22 Apr 2014

Di sini saya ingin berkongsi dengan rakan pembaca tentang strategi yang digunakan oleh rakan untuk memiliki rumah dengan Emas.Perkara ini memang boleh dilakukan asalkan kita ada ilmu, ada mentor, konsisten dan disiplin yang tinggi.

Kredit gambar Pakcik Google

Bagaimana memiliki rumah dengan Emas ?

Saya mula menyedari kelebihan Emas sejak tahun 2009 dan pada tahun 2010, saya membeli 1 keping dinar Emas 916 pertama saya pada harga lebih kurang RM560.

Sehingga awal tahun 2011, saya telah berjaya mengumpul 7 keping dinar.Pada ketika itu harga sekeping  dinar 916 telah mencecah lebih kurang RM 700 sekeping. Jadi dari segi nilaian Ringgit Malaysia saya sudah mempunyai RM 4900 Matlamat saya sangat jelas, saya ingin memiliki rumah pertama saya. Setelah meneliti beberapa faktor seperti kemampuan bayaran bulanan, saya memilih untuk membeli rumah terpakai iaitu sebuah apartment kos rendah

Contoh Pengiraan :

Harga apartment Kos Rendah = RM60,000
10% Bayaran Pendahuluan      = RM6,000
3% dibayar semasa booking    = RM1,800
Baki bayaran                          = RM3,200

Jadi bagaimana Dinar Emas membantu saya menyelesaikan baki bayaran pendahuluan.Saya tidak mahu jual Dinar, sayang pulak nak jual.Jika saya jual semua Dinar saya pada ketika itu saya mampu memperoleh sekitar RM4,900.Jadi saya pun berjumpa dengan penjual rumah, berbincang dengan beliau saya menyatakan hasrat saya untuk membayar baki bayaran pendahuluan secara ansuran dengan mencagarkan 7 keping dinar saya pada beliau.

Lebih kurang 7 bulan selepas perjanjian dibuat, saya telah dapat menebus semua ke tujuh-tujuh dinar saya secara beransur-ansur.Alhamdulilah 6 keping dinar masih di dalam simpanan saya.Dan pastinya harga pasaran sekarang lebih tinggi dari 2 tahun lepas.

* Data dan maklumat bergantung kepada harga pasaran Emas dan Hartanah pada hari ini.Ini adalah salah satu strategi rakan yang memiliki rumah tanpa kehilangan Emas disimpan.Carilah guru ataupun mentor yang boleh dibimbing.




Nukilan Unknown

2 Oct 2012

Setiap Muslim pasti ada menyimpan niat untuk menunaikan Haji pada satu masa nanti.Tahniah kepada Jemaah Haji yang dapat menunaikan Haji pada tahun ini.Kepada bakal Haji dan yang akan menunaikan Haji bolehlah mula menyimpan Emas ataupun dengan bahasa mudah menyimpan Dinar untuk menunaikan haji.

Kenapa Dinar ?

> Jika Dinar digunakan meluas di dunia ini, 1 Dinar Emas adalah bersamaan juga dengan 1 Dinar Emas walau di mana kita berapa.

> Mahar Perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W kepada Aishah R.A adalah sebanyak 500 Dirham Perak manakala Habibah Binti Ramlah dinikahi oleh Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 500 Dinar Emas.

> Setiap tahun kos menunaikan Haji dalam bentuk Dinar Emas turun.KENAPA ? kerana nilai Emas senantiasa naik.


Dinar GCP bersamaan 4.25g

Kos Pengiraan :

Tahun 2002

Kos (RM) = RM9000
Harga semasa 1 Dinar   = RM140
Jumlah Dinar diperlukan = RM9000/RM140
                                          = 64.29 @ 65 Dinar

Tahun 2007

Kos (RM) = RM9000
Harga semasa 1 Dinar   = RM348
Jumlah Dinar diperlukan = RM9000/RM348
                                           = 25.86 @ 26 Dinar

Tahun 2012

Kos (RM) = RM9980
Harga semasa 1 Dinar = RM777
Jumlah dinar diperlukan = RM9980/RM777
                                          = RM12.84 @ 13 Dinar

# Daripada pengiraan itu dapat dilihat bahawa Dinar makin berkurang untuk menunaikan Haji bagi setiap tahun.Realitinya bukan nilai Dinar makin mahal tapi sebaliknya nilai wang kertas kita yang makin menyusut disebabkan oleh inflasi.Emas adalah metal yang kalis inflasi.Dengan menyimpan Dinar dari awal menjadi kelebihan kepada bakal jemaah Haji dan jika cukup jumlahnya bakal jemaah naik Haji boleh menunaikan haji pada kos yang lebih murah.

* Pengiraan di atas untuk Pakej Muasasah (kos Tabung Haji) dan tidak termasuk kos lain seperti bayaran Dam,makan minyak dan sebagainya

Nukilan Unknown

Pages