Gold Bar GCP

Gold Bar GCP

Purity 999.9.Berat 1g,10g,20g,50g.100g

Gold Bar GCP
Kasturi Emas

Kasturi Emas

Wangian Sunnah Kasturi Emas,kasturi putih dan Al-Jannah

Kasturi Emas
Dinar GCP

Dinar GCP

Purity 999.9.Berat 4.25g.Diameter 23mm

Dinar GCP
Silver Bar

Silver Bar

Purity 999.Berat 10g,20g,50g,100g

Silver Bar
Dictionary Safety Box

Dictionary Safety Box

Berat 0.68kg,Saiz 23cm

Dictionary Safety Box
Tukar Ke Simpanan Emas

Tukar Rokok ke Simpanan Emas

Daripada beli rokok lebih baik MULAKAN simpana Emas

Tukar Rokok kepada Simpanan Emas
Showing posts with label Wangian Sunnah. Show all posts
Showing posts with label Wangian Sunnah. Show all posts

12 Aug 2015

Minyak wangi Kasturi Emas ini dapat
  • Menghilangkan darah gemuruh
  • Memberi kekuatan pada roh
  • Menenangkan jiwa dan hati
  • Menghilangkan sejuk tubuh




Terdpat 3 jenis haruman Kasturi Emas:

 1)kasturi putih bau bunga2an utk ketenangan, terapi perubatan dan pendinding

2) kasturi kijang utk rasa segar, bersemangat,kurangkan stress, & pendinding

3) al jannah ekstrak bungaan, bau yg kuat tetapi lembut utk rasa tenang & nyaman.



"Bersolatlah dengan berwangi-wangian 70 kali lebih baik dari tidak berwangian"


Harga RM35 sebotol 4ml + RM6.00 poslaju semenanjung / RM10 poslaju Sabah & Sarawak
Nukilan Unknown

30 Jul 2015

Musk atau kasturi adalah nama asal yang diberikan kepada sejenis bahan yang mempunyai bauan yang harum yang boleh didapati daripada kerandut kijang jantan. Mengikut rujukan pengarang Kitab Iq Al-Alqaa dan juga Kitab Jaami Karaamat Al-Aliyaa, "sesungguhnya ketika Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi, baginda telah diziarahi oleh seekor kijang jantan, lalu Nabi Adam A.S telah menghadiahkan kijang tersebut secebis daun dari syurga, dengan izin Allah SWT menjadikan kijang itu berbau harum seharum kasturi. Pada hari ini, keturunan kijang tersebut telah menghasilkan wangian kasturi yang tumbuh di bahagian bawah perut kijang jantan dipanggil bintil kasturi. Bahan ini amat popular digunakan untuk membuat perfume atau sekadar bahan tambahan untuk menjadikan sesuatu bahan lain menjadi harum. Ia telah digunakan secara meluas sejak berkurun lalu dan telah dikenalpasti sebagai bahan hasilan haiwan yang termahal didunia. Sewaktu zaman pemerintahan khalifah di zaman Bani Abbasiah, khalifah menggunakan haruman kasturi sebagai sesuatu yang berharga dan istimewa. Kajian mengenai idea menggunakan kasturi sebagai bahan asas dalam penghasilan minyak wangi dikatakan bermula oleh seorang ilmuan daripada Parsi iaitu, Abu Yusuf Ya'quq ibn Ishaq Al Kindi atau lebih dikenali di seluruh dunia sebagai Al-Kindi. Beliau merupakan antara tokoh-tokoh falsafah Islam terbilang yang telah mengkaji dan menggunakan kasturi didalam kajiannya mengenai kimia dan haruman.Beliau telah menghasilkan sebuah kitab mengenai haruman yang diberi nama Kitab Kimiya al'Itr (Book Of the Chemistry of the Perfume).


Menurut Pierre (1990) didalam penjilidan perkataan di dalam kamus 'Dictionnaire étymologique de la langue grecque', asal perkataan musk diperolehi daripada bahasa Sanskrit iaitu 'Mu Ká' yang bermaksud 'kerandut'. Terdapat pelbagai jenis haruman yang mempunyai bauan yang serupa dengan Musk, akan tetapi mempunyai struktur kimia yang berbeza. Perkataan musk juga diberikan label kepada bahan lain selain apa yang dihasilkan oleh kijang jantan, termasuklah tumbuhan dan bahan sintetik yang dihasilkan yang mempunyai bauan hampir sama dengan musk.
Menurut Cornelia Sommer (2004) yang membincangkan peranan kasturi dan komponen kasturi dalam industri pembuatan haruman, didalam bukunya 'Handbook of Environmental Chemistry' sehingga lewat abad ke 19, musk atau kasturi asli telah digunakan secara meluas dalam pembuatan minyak wangi atau perfume sehinggalah apabila permintaannya terlalu tinggi, maka ada pihak yang menghasilkan kasturi sintetik untuk digunakan secara meluas dan eksklusif. Bahan organik yang terdapat didalam kasturi dan menyebabkan kasturi menjadi wangi dipanggil sebagai muscone itu dijadikan sumber kajian dalam penghasilan minyak wangi.
Penggunaan kasturi meluas sehingga kajiannya tidak statik dalam industri minyak wangi, akan tetapi jauh sebelum itu, apabila pembinaan tamadun dunia, telah mengkaji penggunaan kasturi dalam bidang perubatan, serta ia amat penting penggunaannya dalam perubatan tradisional moden seperti perubatan Siddha, Ayuverda dan perubatan tradisional cina sehinggalah kepada perubatan alternatif islam.
Dari mana kasturi boleh didapati?
Pengkelasan haiwan yang menghasilkan kasturi, telah dijalankan oleh University of Michigan Museum of Zoology - Animal Diversity Web, dibawah artikel 'Moschus (musk deer) Classification'. Menurut kajian tersebut, kasturi asli boleh didapati daripada kijang jantan. Kijang jantan adalah haiwan yang termasuk dalam kumpulan haiwan Moschidae dan tinggal dikawasan pergunungan di India, Pakistan, Tibet, China, Siberia dan juga Monggolia. Untuk mendapatkan kasturi, kijang jantan haruslah terlebih dahulu disembelih dan kerandutnya yang terletak diantara perut dan testikal haiwan tersebut di ambil. Sewaktu proses pengeringan kerandut tadi, cecair yang berwarna merah keperangan seperti warna darah yang berada didalam kerandut tadi, akan perlahan-lahan berubah warna menjadi hitam seperti tanah yang dibakar dan dipanggil 'musk grain'. Selalunya, untuk menghasilkan perfume, musk grain akan dicampurkan dengan alkohol untuk memastikan ia lebih tahan lama pada pakaian. Aroma yang terhasil daripada pembuatan minyak wangi ini hanya akan terhasil apabila musk grain tadi dilarutkan. Tidak ada bahan semulajadi yang mempunyai keharuman kompleks dan berkontradiksi antara satu sama lain, sebagaimana bau yang dihasilkan oleh kasturi. Kasturi walau bagaimanapun, di perincikan sebagai mempunyai haruman campuran antara hamis haiwan, maskulin, woody dan juga haruman pada kulit bayi.
Kasturi telah menjadi kunci kepada terhasilnya pelbagai jenis perfume atau minyak wangi setelah ia ditemui kerana ia mampu berfungsi sebagai bahan peransang untuk menjadikan wangian tahan lebih lama pada tubuh. Kini, pengeluaran bahan asli kasturi telah dikawal oleh satu badan dipanggil CITES, akan tetapi, penyeludupan keluar kasturi asli secara haram tetap terus berlaku.
Kasturi Pada Haiwan Lain.
Muskrat (Ondatra zibethicus), sejenis rodensia telah ditemui dan telah dikenalpasti sejak abad ke 17 salah satu haiwan yang menghasilkan kerandut dan turut menyimpan bahan yang dikatakan turut menghasilkan haruman seperti kasturi. Kajian kimia yang telah dijalankan untuk mengekstrak haruman daripada kerandut Muskrat dikatakan telah dihasilkan pada tahun 1940, akan tetapi tidak dikeluarkan secara meluas, dipercayai kerana kehamisan baunya melebihi daripada haruman yang terdapat atau yang dihasilkan oleh kijang jantan.
Bahan hasilan kerandut yang dipercayai mempunyai bauan mirip kepada kasturi yang dihasilkan oleh kijang jantan juga boleh diperolehi daripada itik atau 'Musk Duck'(Biziura lobata) yang boleh didapati di Australia Utara. Juga 'Muskox, musk shrew, musk beetle (Aromia moschata), African Civet (Civettictis civetta), musk turtle, alligator of Central America, dan beberapa haiwan lain.
Jika pada buaya, ia lebih istimewa kerana terdapat kerandut berkembar yang boleh diperolehi di penjuru rahang haiwan tersebut.
Kasturi Bersumberkan tumbuhan
Menurut Nigel (1997) dalam 'New Perfume Handbook', sesetengah tumbuhan seperti Angelica Archangelica ataupun Abelmoschus moschatus menghasilkan bauan yang sinonim dikaitkan dengan kasturi dan mengandungi sebatian macrocyclic lactone. Sebatian ini digunakan secara meluas dalam menghasilkan perfume atau minyak wangi sebagai gantian kepada kasturi yang dihasilkan oleh haiwan seperti kijang, atau pun untuk mengubah bauan yang dihasilkan oleh campuran beberapa sumber kasturi.
Kasturi daripada tumbuhan diambil daripada beberapa jenis pokok atau bunga seperti bunga kasturi (Mimulus moschatus), muskwood (Olearia argophylla) daripada Guianas barat India, serta bijih atau benih daripada bunga kasturi.
Kasturi dalam perubatan Siddha.
Dalam perubatan asli Siddha, kasturi yang digunakan diperolehi daripada kijang jantan yang diambil kantungnya setelah haiwan tersebut disembelih. Kasturi yang melekat pada badan kijang, dikatakan mempunyai bau yang lebih harum pada musim sejuk, kerana pada waktu itu, kijang jantan akan merembeskan haruman dari kantungnya untuk menarik perhatian kijang betina. Lebih kurang, 26-52.5 gram kasturi boleh diperolehi daripada seekor kijang dan ia mempunyai bauan yang semerbak dan mampu menyebarkan bauannya dalam lingkungan jarak yang luas. Selepas tamat musim sejuk, kijang jantan akan melucutkan atau menanggalkan kantung yang menjadi tempat simpan kasturi daripada badannya secara semulajadi. Kantung yang gugur secara semulajadi ini, amat sukar ditemui dan dikatakan adalah yang terbaik, kerana bau yang terdapat padanya sudah kurang bau hamis haiwan.

Bagaimana untuk memeriksa kasturi asli atau sintetik?

Menguji Kasturi.
1. Jika sejumlah kecil serbuk kasturi (ketulan darah hitam) atau ketulan kasturi itu dicelupkan didalam air dan kekal bentuknya tanpa terlarut didalam air, maka ia adalah asli. Sebaliknya, jika ianya menjadi larut dan ketulan itu pecah dan berubah sifat aslnya, maka ia bukanlah kasturi asli.
2. Apabila sejumlah kecil.ketulan kasturi dibakar didalam api, ia akan mencair dan menghasilkan buih. Ini adalah perubahan fizikal yang berlaku pada kasturi asli. Namun jika pada kasturi yang tidak asli, ia akan terus terbakar dan menjadi keras seperti besi.
Kegunaan kasturi.
Kasturi mempunyai rasa yang pahit dan mampu meningkatkan suhu tubuh. Ia mengandungi bahan yang mampu meransang penghasilan (dopamin) untuk menyegarkan tubuh dan menambah tenaga dan mengelakkan serangan sawan. Tambahan pula, ia mampu meransang jantung dan sistem saraf dan meningkatkan dan meransang peredaran darah.
Kasturi juga membantu dalam merawat delirium atau kekeliruan yang disebabkan ganghuan saraf, serta membantu untuk mengelakkan atau merawat serangan asma.
Kajian keatas kasturi mengenai penyakit yang dapat dirawatnya seperti merawat asma, sawan dan lain-lain adalah kerana, menurut perubatan yunani kuno, kasturi adalah berfungsi sebagai steroid semulajadi dan anti histamin yang sekali gus berfungsi untuk merawat asma dan alahan dalam perubatan moden.
Didalam perubatan islam, kasturi ada diulas oleh ilmuan terkemuka iaitu, Ibn Qayyim Al-Jauziyyah didalam kitab 'Tibb Annabawiyyah' atau Berubat menurut cara Nabi. Antara hasil kajian yang diperolehi, Ibn Qayyim memberikan kesimpulan bahawa, kasturi berupaya menjadi ubatan dalam merawat masalah-masalah endokrinologi seperti asma, jangkitan pada saluran kencing, pengsan dan sebagainya. Bahkan, kenyataan Ibn Qayyim ini seakan disokong pula oleh ulama terkemuka iaitu Imam As-Syafie, apabila beliau menyatakan bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti minyak kasturi).
Nukilan Unknown
Ok hari ini kami ingin kongsikan 10 Tahukah Anda tentang Kasturi.Sekadar perkongsian ilmu bersama.



1. Tahukah anda bahawa orang yang memakai wangian kasturi setiap hari tidak akan didekati jin kerana jin tidak sukakan wangian.

2. Percayakah anda bahawa kasturi telah lama digunakan dalam dunia perubatan sejak zaman dahulu?

3. Tahukah anda bahawa kasturi merupakan lambang kemahsyuran pada zaman dahulu kerana nilainya yang sukar didapatkan?

4. Tahukah anda bahawa kasturi lebih baik dari wangian yang dicampur bahan kimia?

5. Tahukah anda bahawa kasturi terdapat pada haiwan-haiwan dan juga tumbuhan di pergunungan di kawasan yang sukar ditemui?

6. Tahukah anda bahawa apabila kasturi direbus dan diminum seperti teh maka ia mampu menjadi penawar kepada 1001 jenis penyakit?

7. Tahukah anda bahawa setiap bintil kijang yang menghasilkan kasturi mampu mengeluarkan bau wangi yang semula jadi?

8. Tahukah anda bahawa bau wangi dari kasturi mampu menghilangkan darah gemuruh?

9. Tahukah anda bahawa pengamal perubatan Islam akan memakai sedikit wangian kasturi sebelum memulakan rawatan kepada pesakit?

10. Tahukah anda bahawa kasturi pernah menjadi penyumbang terpenting dalam dunia perdagangan?

Allahua'lam...
Nukilan Unknown

Pages