4 Jul 2013

3 Jenis Harga Emas Semasa

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Harga Emas turun mengila ! Ada yang panik ke ? Inbox saya pun bertubi-tubi pelanggan bertanyakan setiap hari ' Hari ini harga Emas berapa ye '.Bagi penyimpan emas tegar dari dulu,dah tak ambil pusing dengan harga emas naik atau turun.Yang penting bagi mereka ada simpanan emas dan bila perlu untuk bisnes lain mereka akan invest ke bisnes lain menggunakan simpanan emas tadi.

Di sini saya ingin terangkan 3 jenis Harga Emas Semasa :

--->> Spot Price iaitu harga bahan mentah.Salah satu rujukan kami di www.kitco.com.Saat yang paling baik bila dapat fizikal pada waktu ini.Lepas itu ada duit proseslah sendiri. :)

--->> Company Price - terdapat 2 harga, Harga Customer dan Harga Pengedar.Salah satunya company Goldcrest Pavilion ( GCP ).Di web GCP terdapat harga pelanggan dan harga dealer ( boleh lihat harga apabila menjadi pengedar.

--->> Harga Kedai Emas - Harga lebih mahal sedikit dari jenis di atas.Ini disebabkan oleh peruncitan seperti kos utility,kos sewa kedai dan kos upah design yang agak tinggi.Sebab itu design emas di kedai emas lagi kaboom dan menarik berbaloi dengan harganya.Contoh PohKong,Tomei,HabibJewel dan sebagainya.

Buka Minda :

- Jika anda inginkan rantai leher 20 gram purity 999 sebagai perhiasan ditambah design yang menarik dan menarik jadi bolehlah mencari kedai emas terdekat seperti PohKong atau Tomei.Sudah pasti harga lebih tinggi dari GCP ( tiada kos UPAH ).

- Jika anda ingin membeli rantai tangan 10 gram sebagai pelaburan sesuailah kiranya anda memilih company seperti GCP kerana harganya jauh lebih murah.Tambah-tambah murah lagi apabila anda menjadi pengedar.

Oh lagi satu ada yang bertanya tentang pelaburan Emas,beli Emas bukan seperti beli hari ini kemudian esoknya dah nak jual dan mengharapkan pulangan dengan segera.seperti Skim Cepat Kaya ke.Kalau kita sanggup tunggu ASB selama 20 tahun untuk mendapat pulangan samalah juga konsep simpan emas ini.Yang penting Emas fizikal berada di genggaman kita.Tunggulah sekurang-kurangnya 12 bulan untuk mendapat pulanggan yang memberangsangkan.



0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Minda Emas Network tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui blog ini. Ia mungkin pandangan peribadi pengunjung dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengunjung.Terima Kasih dengan komen anda.

Pages