27 May 2012

Percaturan Pengasas Goldcrest Pavilion (GCP) Menjadi..

Assalammualaikum,


Anda sudah dapatkan Metro Ahad hari ini 27/5/2012.Jangan lupa dapatkannya sebab suka duka pahit maung pengasas GCP Tuan Shamsul Md Ali dibongkor dari mula sampailah menjadi antara jutawan Bumiputera di Malaysia.

Antara produk GCP

TIGA tahun lalu, dia pernah berputih mata apabila jongkong emas dibelinya ‘bertukar’ menjadi jongkong tembaga, menyebabkan dia kerugian RM700,000.

Malah, ketika sibuk mempromosikan pelaburan emas ditawarkan syarikatnya kepada orang ramai, dia pernah dituduh penipu kerana dikatakan mengamalkan syarikat perniagaan berasaskan program Multi Level Marketing (MLM) yang hanya mencuri duit orang ramai.


Profil Tuan Shamsul Md Ali


Walaupun banyak rintangan terpaksa dihadapi, siapa sangka berkat kesabaran menghadapi dugaan ditipu selain dituduh penipu, Shamsul Anuar Md Ali, 34, 

kini boleh berbangga apabila perniagaan diceburinya berjaya membuahkan hasil.



Dengan modal permulaan sebanyak RM300,000 untuk memulakan syarikat di bawah nama GoldCrest Pavilion (GCP) Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2009, kini Shamsul Anuar mampu tersenyum bangga apabila keuntungan diperoleh meningkat berkali ganda mencecah RM40 juta, sekali gus melayakkannya bergelar antara jutawan Bumiputera.

Menceritakan bagaimana dia boleh berkecimpung dalam bidang perniagaan sedangkan pendidikan tertinggi diterimanya melayakkan dia memegang status guru, Shamsul Anuar yang lebih mesra dipanggil Shamsul berkata, segala-galanya bermula pada 2005 apabila dia terpaksa melakukan pekerjaan sampingan bagi mencari duit lebih.


“Gaji diterima sebagai guru pada waktu itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian, termasuk membayar hutang rumah dan kereta.

“Jadi, saya dan isteri ketika itu membuka kelas tuisyen sebaik tamat waktu mengajar. Itupun hanya bertahan setahun kerana hasil diterima tidak seberapa.

“Selain tuisyen, saya menjalankan perniagaan sampingan seperti menjual baja, melakukan kerja-kerja percetakan dan menjadi ejen syarikat MLM, tetapi semuanya hanya sekerat jalan,” katanya.

Dalam tercari-cari pekerjaan sampingan yang boleh mendatangkan hasil lumayan, Shamsul berkata, bagaikan ‘bulan jatuh ke riba’ dia menerima tawaran membuka restoran makanan sendiri pada 2006.

Namun, perniagaan itu yang diharapkan dapat mengubah kehidupannya hanya bertahan dua tahun sebelum dijual kepada orang lain.

“Sebenarnya sewaktu berniaga makanan, selepas saya buat pengiraan balik, termasuk tenaga yang keluar, ia langsung tidak berbaloi.

“Untung memang untung, tapi tak seberapa dengan tenaga dikerah kerana daripada pagi hingga petang, saya mengajar di sekolah. Bila tamat waktu sekolah, terpaksa terkejar-kejar untuk membuka restoran pula. Akhirnya selepas berbincang dengan isteri, kami nekad menutup perniagaan itu,” katanya.

Mengakui bukan senang untuk senang, dia dan isterinya kemudian nekad melakukan pekerjaan sampingan sebagai nelayan.

“Mungkin ramai tidak percaya bila mendengar saya dan isteri jadi nelayan, tetapi itulah hakikatnya.

“Selama setahun, saya dan isteri melakukan pekerjaan sampingan sebagai nelayan berikutan terdesak mencari duit lebih dan selama itu juga saya menyedari bukan senang menjadi nelayan.

“Boleh dikatakan hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 
Ada ketikanya dapat ikan, ada ketika langsung tak dapat seekor pun hatta anak ikan,” katanya.

Bagaimanapun, tindakan nekad memaksa isterinya membuat pinjaman peribadi bagi dilaburkan dalam perniagaan emas pada 2009 yang mengubah kehidupannya daripada guru kepada ahli perniagaan berjaya.

“Sebenarnya, sewaktu jadi nelayan, saya banyak berfikir mengenai perniagaan yang masih boleh memberi keuntungan walaupun barangan itu tidak berjaya dijual kepada pelanggan.

“Akhirnya, saya menyedari ada tiga perniagaan yang berpotensi untung iaitu terbabit dalam bidang hartanah, jual beli minyak serta gas atau terbabit dalam perniagaan emas.

“Ketiga-tiga ini kalau tidak laku sekalipun, nilainya tetap meningkat dan setelah puas berfikir, akhirnya saya nekad mengkaji perniagaan emas,” katanya.

Namun, Shamsul mengakui bukan senang untuk senang. Cabaran pertama perlu ditempuhinya apabila adik beradik serta isterinya enggan menyokong niatnya berikutan banyak perniagaan diceburi sebelum itu gagal.

“Perasaan saya ketika itu tidak boleh digambarkan kerana orang yang rapat dengan saya meragui kebolehan saya.

“Namun kerana nekad, saya paksa juga isteri membuat pinjaman bersama berjumlah RM300,000 bagi membeli dua kilogram emas,” katanya.

Ternyata percaturan Shamsul bukan angan-angan kosong, sebaliknya dalam tempoh sebulan dia berjaya menjual emas itu dan memperoleh keuntungan RM40,000.

Keuntungan diperolehnya kemudian dijadikan modal pusingan untuk membeli lebih banyak emas dan tanpa menoleh ke belakang, dalam tempoh setahun, dia memperoleh keuntungan sehingga RM23.9 juta.

Menurut Shamsul, sepanjang tiga tahun berkecimpung dalam perniagaan emas, dia puas berikutan berjaya membuktikan kegagalan masa lalu bukan bermakna seseorang itu akan gagal selama-lamanya.

Bagi berkongsi kejayaan, Shamsul berkata, dia juga kini bukan sekadar menawarkan khidmat jual beli emas, malah menawarkan peluang kepada orang ramai menjadi pengedar produk emas yang dihasilkan di bawah jenama GCP Pavilion.

“Saya rasa ini antara cara yang boleh saya lakukan untuk menolong orang ramai, khususnya Bumiputera, untuk berjaya dengan hidup.

“Ini kerana emas tidak seperti benda lain. Ia sentiasa mempunyai harga, dan walaupun ada ketika nilainya susut, itu cuma untuk jangka masa singkat,” katanya.

Shamsul berkata, potensi jual beli emas sentiasa terbuka berikutan emas sememangnya diiktiraf sebagai aset paling berharga dan tidak akan susut nilai dari dulu, kini dan pada masa depan.

Kerana itu juga, dia kini mensasarkan lebih ramai rakyat di negara ini melabur dalam pelaburan emas berikutan ia satu-satunya aset yang mampu bertahan walaupun keadaan ekonomi dunia jatuh merudum, sekali gus memberi kesan kepada kadar mata wang sesebuah negara.

Bagaimanapun, bagi merealisasikan hasratnya, dia mengakui perlu mengikis perspektif negatif kebanyakan masyarakat di negara ini yang lebih bergantung 
kepada duit sebagai aset simpanan.

“Ini yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat masa kini kerana ramai antara kita melihat duit itu lebih bernilai berbanding emas.

“Masyarakat lebih gemar menyimpan duit yang hanya memberikan faedah yang tidak seberapa. Kini tugas saya untuk memberi kefahaman kepada mereka supaya duit ditukar kepada emas berikutan harga emas lebih menguntungkan,” katanya.

Shamsul berkata, GCP sebagai syarikat berdaftar milik Bumiputera sepenuhnya kini turut menawarkan bimbingan kepada masyarakat dalam sistem pelaburan 
emas.

“Emas bukan seperti hartanah, simpanan di bank, saham atau sebagainya. Emas adalah pelindung nilai yang kalis inflasi.

“Emas adalah aset mudah tunai dan mempunyai kecairan paling cepat, di mana atau pada bila-bila masa saja pemiliknya boleh menjual semula jika mengalami masalah kewangan.

“Kami mahu membantu masyarakat celik mengenai emas. Selain mensasarkan individu mempelbagaikan portfolio pelaburan dengan menyimpan emas, kami membantu masyarakat meningkatkan ekonomi dan menambah pendapatan dengan menjadi pengedar 
GCP, di mana harga yang pengedar beli daripada GCP jauh lebih murah berbanding di pasaran,” katanya.

Menjelaskan potensi pelaburan emas, Shamsul berkata, emas adalah barangan berharga yang digunakan banyak industri berasaskan teknologi elektronik dan barangan elektrik kerana emas adalah antara pengalir arus elektrik yang terbaik.


Kredit : Metro Ahad


________________________________________________________________


SELAMAT MENJADI DEALER!

Hubungi saya untuk maklumat lanjut
Muhamad Faizal Bin Anuar (ad3299)
 019-6401493 / 011-18341410
   mindaemasgcp@gmail.com
               Atau melalui Fan FB  http://www.facebook.com/mindaemasgcp

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Minda Emas Network tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui blog ini. Ia mungkin pandangan peribadi pengunjung dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengunjung.Terima Kasih dengan komen anda.

Pages