22 Apr 2014

Konsep Rumah Dapat, Emas Pun Dapat

Di sini saya ingin berkongsi dengan rakan pembaca tentang strategi yang digunakan oleh rakan untuk memiliki rumah dengan Emas.Perkara ini memang boleh dilakukan asalkan kita ada ilmu, ada mentor, konsisten dan disiplin yang tinggi.

Kredit gambar Pakcik Google

Bagaimana memiliki rumah dengan Emas ?

Saya mula menyedari kelebihan Emas sejak tahun 2009 dan pada tahun 2010, saya membeli 1 keping dinar Emas 916 pertama saya pada harga lebih kurang RM560.

Sehingga awal tahun 2011, saya telah berjaya mengumpul 7 keping dinar.Pada ketika itu harga sekeping  dinar 916 telah mencecah lebih kurang RM 700 sekeping. Jadi dari segi nilaian Ringgit Malaysia saya sudah mempunyai RM 4900 Matlamat saya sangat jelas, saya ingin memiliki rumah pertama saya. Setelah meneliti beberapa faktor seperti kemampuan bayaran bulanan, saya memilih untuk membeli rumah terpakai iaitu sebuah apartment kos rendah

Contoh Pengiraan :

Harga apartment Kos Rendah = RM60,000
10% Bayaran Pendahuluan      = RM6,000
3% dibayar semasa booking    = RM1,800
Baki bayaran                          = RM3,200

Jadi bagaimana Dinar Emas membantu saya menyelesaikan baki bayaran pendahuluan.Saya tidak mahu jual Dinar, sayang pulak nak jual.Jika saya jual semua Dinar saya pada ketika itu saya mampu memperoleh sekitar RM4,900.Jadi saya pun berjumpa dengan penjual rumah, berbincang dengan beliau saya menyatakan hasrat saya untuk membayar baki bayaran pendahuluan secara ansuran dengan mencagarkan 7 keping dinar saya pada beliau.

Lebih kurang 7 bulan selepas perjanjian dibuat, saya telah dapat menebus semua ke tujuh-tujuh dinar saya secara beransur-ansur.Alhamdulilah 6 keping dinar masih di dalam simpanan saya.Dan pastinya harga pasaran sekarang lebih tinggi dari 2 tahun lepas.

* Data dan maklumat bergantung kepada harga pasaran Emas dan Hartanah pada hari ini.Ini adalah salah satu strategi rakan yang memiliki rumah tanpa kehilangan Emas disimpan.Carilah guru ataupun mentor yang boleh dibimbing.




0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Minda Emas Network tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui blog ini. Ia mungkin pandangan peribadi pengunjung dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengunjung.Terima Kasih dengan komen anda.

Pages