15 Apr 2014

Ciri-Ciri Pelaburan Emas Yang Diinginkan

Apakah ciri-ciri pelaburan Emas yang anda inginkan ? Adakah anda letak duit pelaburan di sesuatu instrumen pelaburan dan biarkan sahaja tanpa sebarang pengawasan ? Suka atau tidak untuk membina kejayaan anda perlu melabur.Jika hanya harapkan gaji bulanan daripada pekerjaan tetap semata-mata agak susah untuk bergelar Jutawan.

Adakah Emas pilihan anda ?




Ciri-Ciri Pelaburan 

  •  Pelaburan yang mampu memberi pulangan keuntungan tahunan yang jauh lebih baik daripada ASB, Simpanan Tetap (FD), unit trust, mutual fund atau takaful.
  • Risikonya adalah yang PALING rendah untuk mengalami kerugian. 
    Dalam bahasa mudahnya, duit yang anda labur tu tak 'hangus' begitu sahaja. 
  • Mempunyai tahap 'kecairan' yang tinggi. Maksud kecairan ialah keboleh-upayaan untuk pelaburan anda itu ditukarkan semula kepada wang tunai pada bila-bila masa. Mana tahu tiba-tiba anda memerlukan wang tunai dalam keadaan yang terdesak.
  • Pelaburan yang kalis inflasi. Wang yang anda laburkan itu tidak mengalami susut nilai dari segi matawang. Tak kira walaupun nilai matawang jatuh akibat inflasi, pelaburan anda masih kekal nilainya. Malah bertambah-tambah nilai pulangannya.
  • Tak perlukan modal besar beribu ringgit seperti pelaburan hartanah. Belum masuk lagi soal urusan prosedur jual-beli, urusan dokumen, serta upah lawyer untuk pemilikan hartanah tersebut. Makan masa berbulan-bulan baru settle.
Bagi pendapat admin Pelaburan Emas memenuhi ciri-ciri di atas.Tapi mesti diingat, sebelum membuat pelaburan emas, anda perlukan ilmu yang mantap terlebih dahulu. Jadi untuk memahami pelaburan emas, carilah mentor-mentor pelaburan emas ataupun bahan bacaan seperti buku dan ebook.

Mantapkan ilmu di dada dengan eBook dari Rahsia Emas dan Rahsia Usahawan Emas.Ketahui bagaimana mereka menjual Emas bernilai Jutaan Ringgit.

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Minda Emas Network tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui blog ini. Ia mungkin pandangan peribadi pengunjung dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengunjung.Terima Kasih dengan komen anda.

Pages