22 May 2013

Masih Kurang Jelas Dengan Zakat Emas ?



Kami mendapat maklum balas yang berbunyi ' Saya nak tanya apa yang membolehkan kita perlu membayar Zakat Emas ?.Kami merasakan masih ramai yang masih kurang jelas tentang bayaran zakat Emas.Anda tidak perlu risau atau khuatir untuk membayar zakat Emas kerana ia akan menyuburkan harta anda.

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)


Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150

2. Emas yang dipakai


Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9


“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35


Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) 


- Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh ajurkan ke Fan Page rasmi kami di www.facebook.com/mindaemasgcp.

# Kini anda boleh order EMAS secara online melalui paparan shopping cart di atas blog ini.Semudah ABC untuk membeli Emas dan mengukuhkan ekonomi Ummah.
Atau hubungi/sms ke 019-6401493

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Minda Emas Network tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui blog ini. Ia mungkin pandangan peribadi pengunjung dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengunjung.Terima Kasih dengan komen anda.

Pages