12 Oct 2012

Berita Harian : Harga Emas Mampu Cecah USD 2500

Berita terhangat minggu ini harga emas mampu cecah AS$2500 seauns jika ditukar dalam Ringgit Malaysia adalah RM247/g.Apa yang akan anda lakukan ? Jangan panik jika anda telah menyimpan emas dari dalu sekarang anda hanya perlu menambah stok emas anda.Fast Action Fast Result.



Masa itu emas.Jika ingin mendapat emas dengan harga borong ataupun murah hanyalah di Goldcrest Pavilion ( GCP ).Tidak mustahil harga emas akan melambung tinggi selepas ini kerana metal kalis inflasi ini sukar dicari oleh itu permintaan yang tinggi akan meningkatkan kos pengeluaran.

Artikel di Berita Harian

Harga emas dijangka bergerak ke arah AS$2,000 seauns dalam tempoh enam bulan akan datang dengan arah aliran menaik itu dijangkakan berterusan untuk mencapai harga sasaran AS$2,500 seauns dalam tempoh setahun ini, kata Naib Presiden yang juga Pengurus Porfolio DWS Investments GmbH, Manuel Tenekedshijew.
Beliau berkata, pendorong utama kepada kenaikan harga itu termasuk kadar faedah sebenar yang tidak menarik, kebimbangan jangka panjang terhadap inflasi, kekukuhan permintaan bagi pelaburan, arah aliran terkini yang menunjukkan meningkatnya pembelian logam berharga oleh bank pusat di seluruh dunia, selain bekalan terhad. “Berdasarkan analisis kami, harga emas dijangka mencecah AS$1,800 sedikit masa lagi dengan sebarang pembetulan harga menjadi asas kepada kenaikan lanjut.
“Harga emas dijangka bakal bergerak ke arah AS$2,000 seauns dalam tempoh enam bulan akan datang dan arah aliran menaik itu dijangka berterusan untuk mencapai harga sasaran AS$2,500 seauns selepas setahun dari sekarang,” katanya sambil menambah dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu, emas kebiasaannya dilihat sebagai pelaburan terbaik.
Beliau berkata demikian pada taklimat media berhubung arah aliran logam emas di Kuala Lumpur, semalam. Harga emas berlegar AS$1,760 seauns semalam.
Perkembangan ekonomi dan geopolitik semasa menyaksikan dorongan kenaikan harga pasca 2000.
Sementara itu, Pengarah Dana Runcit Bahagian Pengurusan Dana AMMB Holdings Bhd, Ng Chze How (gambar), berkata prestasi lebih baik saham syarikat berkaitan perlombongan emas berbanding pergerakan harga emas fizikal sejak sedekad lalu mendorong AMMB Holdings menambah saiz dana AmPrecious Metal tidak kurang tiga kali daripada 350 juta unit sejak dilancarkan pada 2007, kepada 600 juta unit dan terkini kepada 750 juta unit.
Beliau berkata, dana berasaskan Syariah AmPrecious Metal dilaburkan dalam saham syarikat global terbabit aktiviti berkaitan emas dan logam berharga, seperti syarikat pelombongan emas kerana statistik menunjukkan prestasi saham syarikat terbabit jauh lebih baik berbanding pergerakan harga emas fizikal sejak sedekad lalu.
Perhatian
GCP telah melancarkan web untuk pendaftaran PERCUMA.
Kelebihannya :
> Pendaftaran menjadi pengedar sah GCP dengan harga PROMOSI RM1000 walaupun telah tamat harga promosi ( sebelum ini menjadi pengedar RM11k dan minimum pembelian emas RM10k )
> Dapat membuat tempahan terus kepada GCP tanpa melalui Dealer.7 hari seminggu & 24 jam sehari.
> Penghantaran emas & perak secara PERCUMA 100 % apabila menjadi Pengedar Sah GCP namun jika belum pengedar risiko ditanggung pembeli .
Daftar sini sekarang untuk menikmati kelebihan PERCUMA ini.

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Minda Emas Network tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui blog ini. Ia mungkin pandangan peribadi pengunjung dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengunjung.Terima Kasih dengan komen anda.

Pages