7 Jun 2012

SEBAB APA PERLU SIMPAN EMAS DAN PERAK ?

Assalammualaikum,


Ramai antara kita yang masih tidak sedar yang wang kertas mengalami kesusutan nilai kesan daripada inflasi yang berlaku di seluruh dunia.Dari kecil kita telah diajarkan ajar menabung untuk masih depan.Tapi sebenarnya kita telah melakukan kesilapan bahawa kepentingan Emas begitu berharga serupa dengan nilai emas itu yang Mahal.Emas kalis inflasi.

"Harga emas yang semakin meningkat tidak bererti permintaan akan jatuh, sebaliknya kadar jualannya lebih tinggi kerana mahu dijadikan sebagai alat pelaburan,"

"Tahun lalu, harga emas melonjak akibat ketidakstabilan politik di rantau Arab dan tertinggi direkodkan mencecah sehingga AS$1,900 seaun pada 5 September 2011,"

Perbandingan Emas & Wang Fiat



> Nilai wang kertas semakin jatuh


Wang mengalami susut nilai..amat rugi simpan wang kertas..ditambah inflasi..semakin lama semakin byk wang kertas diperlukan utk mmbeli sesuatu brg..(jika wang kertas dikoyak koyak..adakah anda kutip?jika emas walaupun dh jd serbuk sekalipun,pasti ramai yg nak..inilah cth paling mudah nak lihat wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja)


> Harga emas semakin naik untuk jangka masa panjang

Pelaburan yang amat selamat..tk buat apa-apa pun hrganya naik..simpan di ASB hnya dpt 8% dividen..tolak inflasi..tidak ada apa yg tinggal..kenaikan hrga emas 20%-36% setahun (berdasarkan harga emas 10 tahun lepas)

> Emas adalah aset yang mudah diguna di mana sahaja

Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya. Tetapi jika anda jual, anda telah hilang aset berharga. Oleh itu anda digalakkan memajak di ar rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran. Jika tak mampu tebus sekaligus-harta tak luak,duit pun dapat
Namun pilihan masing-masing,anda boleh menjualnya bila-bila masa

> Emas tidak boleh dicipta

Tidak ada seorang saintis pun yg berjaya mencipta emas.Emas adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.

> Pelindung kekayaan

Emas bernilai utk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yg baik untuk jangkamasa panjang.Ramai billionaire dan jutawan di dunia menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu.Ia juga kalis inflasi.

> Pelaburan dan Pendapatan

Emas boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham.Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan emas iaitu jual dan beli emas. InsyaAllah dapat meningkatkan ekonomi orang Islam

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Minda Emas Network tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui blog ini. Ia mungkin pandangan peribadi pengunjung dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengunjung.Terima Kasih dengan komen anda.

Pages