Gold Bar GCP

Gold Bar GCP

Purity 999.9.Berat 1g,10g,20g,50g.100g

Gold Bar GCP
Kasturi Emas

Kasturi Emas

Wangian Sunnah Kasturi Emas,kasturi putih dan Al-Jannah

Kasturi Emas
Dinar GCP

Dinar GCP

Purity 999.9.Berat 4.25g.Diameter 23mm

Dinar GCP
Silver Bar

Silver Bar

Purity 999.Berat 10g,20g,50g,100g

Silver Bar
Dictionary Safety Box

Dictionary Safety Box

Berat 0.68kg,Saiz 23cm

Dictionary Safety Box
Tukar Ke Simpanan Emas

Tukar Rokok ke Simpanan Emas

Daripada beli rokok lebih baik MULAKAN simpana Emas

Tukar Rokok kepada Simpanan Emas

22 May 2013



Kami mendapat maklum balas yang berbunyi ' Saya nak tanya apa yang membolehkan kita perlu membayar Zakat Emas ?.Kami merasakan masih ramai yang masih kurang jelas tentang bayaran zakat Emas.Anda tidak perlu risau atau khuatir untuk membayar zakat Emas kerana ia akan menyuburkan harta anda.

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)


Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150

2. Emas yang dipakai


Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9


“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35


Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) 


- Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh ajurkan ke Fan Page rasmi kami di www.facebook.com/mindaemasgcp.

# Kini anda boleh order EMAS secara online melalui paparan shopping cart di atas blog ini.Semudah ABC untuk membeli Emas dan mengukuhkan ekonomi Ummah.
Atau hubungi/sms ke 019-6401493
Nukilan Unknown

17 Apr 2013

Nukilan Unknown

31 Mar 2013

Hari yang sungguh indah sambil membaca Kosmo Online.Mata tertarik dengan artikel ' 20 tahun hidup tanpa wang '.Dalam minda boleh hidup ke orang ini tanpa wang.Jom kita baca artikelnya



Daniel Suelo, 51, menggunakan semua wangnya sebanyak RM90 di sebuah pondok bagi memulakan memulakan hidup baharu di sebuah gurun di Moab, Utah, Amerika Syarikat (AS).
Kehidupannya menjadi inspirasi kepada ribuan rakyat AS yang kini menderita akibat kegawatan ekonomi negara yang mendapat jolokan Uncle Sam itu.
Menurut Mark Sundeen, seorang penulis buku dan rakan Suelo, dia telah menulis buku biografi berkenaan rakannya itu selepas bersamanya selama beberapa tahun.
Penulis buku yang bertajuk The Man Who Quit Money itu mengakui dia terputus hubungan dengan Suelo selama beberapa tahun sebelum mendengar rakannya hidup tanpa wang sambil berfikir rakannya sudah gila atau menghidap penyakit mental.
Namun, selepas berlaku kegawatan ekonomi pada 2008, Sundeen mula cuba untuk memahami cara rakannya itu.
"Sistem kewangan kita terlalu kompleks membuatkan pakar kewangan tidak mampu mengawalnya sehinggakan kita seakan-akan menjadi hamba kepadanya lagi buruk kita tidak mampu untuk mengawalnya.
"Secara fakta, kehidupan manusia memerlukan wang sehingga untuk mendapatkannya kita menodai nilai-nilai kemanusiaan," ujarnya.
Menurut blog Suelo, dia mencatat falsafah hidupnya:
"Saya tidak menggunakan wang atau melakukan sistem barter untuk meneruskan hidup.
Buang pasport
"Matlamat saya hanyalah mengoptimumkan sumber semula jadi untuk memenuhi keperluan semasa sedangkan sistem kini direka membuatkan manusia mengejar wang semata-mata," katanya.
Tegasnya, sistem kapitalis membuatkan sesiapa sahaja perlu mengikutinya dan bersalah untuk meninggalkannya.
Selain tidak lagi menggunakan wang, dia membuang pasport yang dimiliki selain menukar namanya Shellabarger kepada Suelo.
Sejak itu, dia tinggal di gua atau khemah sambil ditemani haiwan liar atau menetap di rumah individu yang tidak dikenali.
Untuk beberapa tahun, dia menetap dalam gua di Taman Negara Arches, Utah.
Alas tilam Suelo hanyalah batu, berburu haiwan untuk makan dan minum air gua.
Dia juga mempelawa sesiapa sahaja untuk menetap bersamanya dan menu makanan utama hanya bunga-bungaan dan biji kaktus.
Suelo bukan dilahirkan dalam keluarga nomad atau gipsi sebaliknya berasal daripada persekitaran normal.
Semasa menuntut di universiti Suelo percaya wang tidak boleh membeli segalanya termasuk menguasai dirinya.
"Dia ingin individu lain mengikuti jejak langkahnya selain membuktikan kepada dunia bahawa dia boleh hidup tanpa melakukan sebarang urus niaga berkaitan wang," kata rakannya Damian Nash.
"Hidup saya berubah sama sekali. Saya pernah mendapat kembali cukai pendapatan berbentuk cek pada 2001 tetapi cek itu dikoyakkan.
"Semua itu tidak mempunyai erti dan hidup sebegini lebih tenang dan mendamaikan," katanya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ingin menambah stok EMAS anda untuk masa depan.Jangan malu-malu untuk contact 019-6401493 dan LIKE FB Minda Emas Network.
Nukilan Unknown

25 Mar 2013




Kategori Peniaga emas :

Ada 3 kategori peniaga emas :

(1) Menjadi peniaga emas kerana hendak menjual semata-mata dan beroleh keuntungan segera

(2) Menjadi peniaga emas kerana ingin menjadi sebahagian peng”edar ” emas sambil berkongsi info mengenai sebab dan kepentingan menyimpan emas.Fokus utama ialah mendidik masyarakat tenteng kebaikan menyimpan emas,dan biasanya peniaga jenis ini tidak akan kisah jika tidak dapat menjual emas kerana yang penting info telah disampaikan.

(3) Peniaga emas yang kekurangan info,hanya menjual dan memberi info yang kurang tepat kerana malas menuntut ilmu mengenai simpanan emas atau mungkin ada ilmu tetapi malas nak menyampaikannya.


> Memang menjadi peniaga emas perlu banyak kesabaran kerana orang ramai masih belum celik emas dek mentaliti yang telah dipupuk sejak kecil (diajar menabung wang kertas,syiling dari kecil dan "kejayaan bank" meyakinkan orang ramai mereka adalah institusi simpanan yang terbaik,sedangkan tidak ramai yang tahu rahsia bank yang sebenar dan bagaimana mereka buat duit dengan meniagakan wang kertas! )
Nukilan Unknown

23 Feb 2013

Goldcrest Pavilion ( GCP ) telah melancarkan web untuk ahli pengedar untuk memudahkan pengedar memantau perkembangan pelanggan ataupun rakan kongsi di laman web diberi.Bagi orang awam yang ingin mendaftar sebagai pengedar boleh menjadi free member kepada introducer/pengenal untuk membuat tempahan 24 jam sehari.




Anda layak menjadi pengedar selepas membayar yuran keahlian sebanyak RM1000 kepada GCP untuk melayakkan anda menjadi pengedar GCP yang sah.

Berikut adalah antara soalan dan jawapan di dalam group pengedar seluruh Malaysia.

SOALAN:
Nk tanya,kalau nk melabur shj bgaimana...bgaimn prosesnya,pembayarannya...tq..
satu lg kalau lepas sy buat pembelian macmana delivery &proses bayarannya.

JAWAPAN:

Salam, utk Free member tu kelebihannya hanya boleh order 24jam 7 hari seminggu. Free Member tak dapat keistimewaan sebagai pengedar.

FM akan diberi password melalui email.

Jika FM order emas, bayaran penuh perlu dibuat dlm tempoh 24 jam ke akaun maybank 505103003954 goldcrest pavilion sdn bhd.
Emailkan bukti bayaran ke sales@gcp.com.my
Jika tak boleh email sms sahaja nama penuh, no id FM, masa bayaran dan jumlah bayaran ke 0129883145 atau 0133180447

Utk brg kemas 999 dan 916 design pasir, gajah, melur, Harga dipaparkan berdasarkan berat anggaran.

Jika berat sebenar emas lebih dpd yg tertera, Staf GCP akan maklumkan bayaran tambahan yg perlu dibayar. Jika beratnya kurang, GCP akan refund semula bayaran yg terlebih.

Bagi goldbar, silver bar dan barang rekaan terkini beratnya adalah tepat dan jumlah perlu bayar adalah tepat.

Selepas bayaran penuh diterima oleh GCP, barang akan dihantar secara PERCUMA melalui POSLAJU dan FM akan diberi no tracking. Risiko kehilangan adalah tanggungan FM sendiri. Walaubagaimanapun GCP akan pastikan pembungkusan dan penghantarannnya selamat. Dah 4 tahun GCP guna cara pos dan Alhamdulillah tak pernah hilang.

Sekiranya FM ingin menikmati keistimewaan pengedar, seperti dapat harga DISKAUN , Penghantaran PERCUMA dgn JAMINAN akan diganti semula jika hilang serta banyak lagi kelebihan, FM boleh naik taraf menjadi pengedar sah dgn klik button naik taraf dalam ruangan FM di website tu (kena login guna password FM utk masuk ke ruangan FM)
FM perlu bayar RM1000 utk jadi pegedar sah (AD)

Apa yang anda dapat dengan caj pengedar RM1000?

1-Syarikat bumiputra Islam

GCP ditubuhkan pada thn 2009 oleh Tn Hj. Shamsul anuar b. Md Ali & Pn Hjh Norliza bt Ngatiman

2-Modal kecil

caj pengedar seumur hidup serendah RM1000 (PROMOSI SAHAJA akan diTAMATKAN pada bila-bila masa) bayaran ini adalah nilai untuk mendapatkan semua keistimewaan yg diberi kepada pengedar.

3-Harga pengedar yang sangat MURAH berbanding yg ditawarkan syarikat lain. Membolehkan anda mendapat LEBIH GRAM emas dgn jumlah wang sama jika anda membeli di sykt lain.

4-Sentiasa ada produk terkini yang menarik dari semasa ke semasa.

5-Kos penghantaran PERCUMA kepada pengedar dan pelanggan

Anda tak perlu ke cawangan ambil stok,prosedurnya mudah,jimat masa dan tenaga.Konsep “Tempah-Bayar-Tunggu” membuatkan ramai pengedar tertarik. Keselamatan barang dijamin oleh GCP (Money Back Guarantee).

6-Servis mantap,bersistem dan amat dipercayai.

Ramai yang menjadi pengedar GCP secara sambilan sahaja dan tak perlu bersusah payah kerana urusan pembelian dan penghantaran produk diuruskan oleh staff GCP yang mesra dan sedia melayani anda dengan baik.
Anda tak perlu risau tentang keselamatan emas dan wang anda kerana selama lebih 3 tahun beroperasi tiada langsung masalah yang timbul malah masyarakat semakin mengakui GCP yang TERBAIK dengan peningkatan pengedar GCP mencecah 4000 orang.

7- Menyediakan bantuan MODAL dalam stok emas dan wang tunai.

Anda tak perlu Stok banyak. Anda hanya menggunakan bantuan pemasaran PERCUMA yg GCP berikan utk mencari pelanggan dan GCP akan menghantar terus tempahan kpd pelanggan anda. Keuntungan daripada transaksi tersebut GCP berikan kepada anda.
Begitu juga sekiranya pelanggan anda ingin menjual semula emas kepada anda, GCP akan menyediakan wang tunai utk anda membeli semula emas pelanggan anda.
*Tertakluk kepada terma & syarat.

8- Bantuan pemasaran - Seminar PERCUMA.

GCP menaja sepenuhnya seminar yang ingin diadakan oleh pengedar. Bantuan promosi spt iklan akhbar, Flyers, Banner, cenderahati kpd peserta diberikan PERCUMA.

9- Bantuan pemasaran - PERCUMA iklan media massa seperti akhbar dan majalah.

10. Bantuan pemasaran online: PERCUMA website sendiri utk pemasaran online (semua pengedar lama dan baru akan diberi url website sendiri )

11-Bimbingan PERCUMA- Personal coaching PERCUMA secara online dan offline.

Anda berpeluang berkongsi tip,panduan dan pelbagai ilmu simpanan emas,teknik pemasaran,perniagaan bersama dealer-dealer berpengalaman dan CEO GCP sendiri.

12-Insentif pengedar dan insentif bulanan

Pengedar mendapat insentif dealer get dealer,insentif pembelian dan ganjaran dari syarikat mengikut terma dan syarat yang ditetapkan

13-Perkhimatan selepas jualan

-GCP menyediakan mesen khas utk anda mencuci emas anda di pejabat GCP secara PERCUMA.
-Rundingcara dan penilaian nilai emas secara PERCUMA

14- Jaminan beli balik

GCP memberi jaminan beli balik produknya walaupun calar,tergores dan plastik dibuka kerana ia akan dinilai pada berat dan ketulenannya.Sila simpan resit belian anda.

Utk mendapatkan semua faedah tersebut anda hanya perlu mendaftar sebagai pengedar GCP:-

CARA MENDAFTAR

1) Buka website www.gcp.com.my
2) Klik register dan masukkan nama dan nombor I'd introducer AD3299
3) Isi borang yg disediakan dan ikut arahan hingga akhir.
4) Bank in RM 1,000 (Bayaran untuk mendapatkan semua faedah & kelebihan pengedar) ke akaun Maybank Goldcrest Pavilion sdn bhd 505103003954 dan sms waktu bayaran ke 012-988 3145 atau email bukti bayaran, serta dokumen yg diperlukan ke sales@gcp.com.my.
Pendaftaran dan tempahan emas akan diproses oleh pihak GCP dalam tempoh 24jam mengikut masa bayaran dibuat.
Kata nama/kata laluan akan dihantar melalui email dan sms.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (untuk dapatkan id tag dan kad perniagaan PERCUMA)

1)Satu salinan kad pengenalan

2)Dua keping gambar ukuran passport

3)Salinan bil elektrik/air/te lefon kediaman terkini.

Email dokumen kepada cik siti fatimah : admin@gcp.com.my
Nukilan Unknown

2 Jan 2013

Hari kedua di tahun 2013.Tahun 2012 telah meninggalkan kita.Sudahkan segala matlamat atau azam kita di tahun 2012 telah terlaksana.Tepuk dada tanya selera.
Tahun baru ini kami di Minda Emas Network berazam untuk membantu anda keluar dari segala masalah ataupun kebocoran wang anda.Cuba saudara saudari tanamkan azam untuk tahun 2013 ini membuat simpanan dalam bentuk EMAS.Mulakan dengan simpan 10% daripada gaji saudara-saudari dan laburkan untuk membeli emas fizikal. Untuk makluman anda Goldcrest Pavilion ( GCP ) juga ada mengeluarkan produk Gold bar ataupun jongkong emas 1g purity 999.9.Boleh dijadikan simpanan tetap saudara-saudari setiap bulan.Harga mampu milik sekitar rm200++. Pada tahun 2013, Kami di Minda Emas Network juga sedang mencari dealer-dealer GCP yang baru dan sesiapa yang berminat untuk jadi dealer GCP boleh daftar di sini http://bit.ly/P5VpKj atau boleh hubungi di no 019.640.1493.Untuk peminat setia kami juga menawarkan hadiah menarik untuk anda.Kami juga dalam mencari idea untuk menganjurkan contest kepada peminat kami.Jika anda mempunyai sebagai idea sila panjangkan ke email mindaemasgcp[at]gmail.com
Nukilan Unknown

22 Dec 2012

As salam,

Disebabkan semalam tengok trend harga emas menurun, Admin Minda Emas Network berbesar hati untuk membuat promosi untuk hari ini SAHAJA ( 22/12/2012 ).Sila lock untuk hari ini sahaja.

Promosi Gold Bar 1g purity 999.9 hanya berharga RM200 SAHAJA.Sebelum ini berharga RM210 - RM213.Untuk HARI INI sahaja.

Gold Bar 1g boleh dijadikan sebagai simpanan setiap bulan.Dalam setahun 12 bulan anda sudah mampu simpan 12g jika setiap bulan anda membeli Gold bar 1g sebagai simpanan tetap anda.



Boleh dihubungi SMS ke 019.6401493
Facebook www.facebook.com/mindaemasgcp untuk keterangan lanjut.

Terima Kasih
Nukilan Unknown

19 Dec 2012

Anda tidak mampu menyimpan wang setiap bulan ?

Dibebani pelbagai hutang akibat tidak menguruskan kewangan dengan betul ?

Mengalami kebocoran kewangan, wang gaji anda tidak pernah cukup dan habis dibelanjakan setiap bulan ?


Ketahui Rahsia emas sejak berkurun lamanya dan bantulah diri sendiri  untuk bebas dari kebocoran kewangan.Kami juga akan membongkar Bagaimana emas mampu menjadi Magnet yang menarik Kekayaan kepada anda !

Info Program :

Program ini khas buat mereka yang ingin berubah dari " Simpanan Biasa-Biasa " kepada Simpanan Luar Biasa "
Sesuai untuk dipraktiskan sendiri mahupun untuk menjana pendapatan Keluarga.
Serta informasi bagi mengelakkan anda terjebak dengan skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai daya penarik dan menjadikan anda papa kedana.
Kami akan tunjukkan jalan, supaya anda sedar Hakikat antara wang fiat dan wang sebenar ( emas ) serta cara menuju ke arah kebebasan kewangan.


Di atas adalah bukti Pemasaran PERCUMA oleh Goldcrest Pavilion ( GCP ) di Akhabar Sinar Harian hari ini ( 19.12.2012 ).Terdapat jadual program kosongkan jadual anda untuk mendapat Elmu EMAS.
Daftar segera kerana tempat adalah terhad.Siapa cepat dia dapat.

Testimoni salah seorang Admin Minda Emas Network.
Usahawan Emas & Perak Fizikal
Faizal : 019.6401493
Email : mindaemasgcp@gmail.com
Blog : www.mindaemasgcp.blogspot.com
Nukilan Unknown

3 Dec 2012

Apa itu Perak ? Atau bahasa Inggerisnya Silver.

Perak atau argentum (daripada bahasa Latin Argentum, daripada Bahasa Yunani ?ργ?ντος - arg?ntos) ialah sejenis logam kimia keunsuran yang.mempunyai simbol Ag dan nombor atom 47.


Perak berwarna putih berkilau dan adalah sejenis logam peralihan.Kekonduksian (keberaliran) elektrik logam perak adalah yang paling tinggi bagi kesemua unsur manakala kekonduksian haba logam perak adalah yang paling tinggi bagi logam-logam. Perak wujud dalam semula jadi dalam bentuk tulen (perak asli), namun boleh juga diperolehi dalam bentuk aloi dengan emas (elektrum) atau dalam banyak jenis mineral (sebagai contohargentit dan klorargirit).

Logam perak kebanyakannya diperoleh daripada hasil sampingan perlombongan tembaga, emas, plumbum dan zink.Logam ini telah diketahui semenjak zaman dahulu kala lagi dan memang telah lama dianggap sebagai logam berharga. Perak digunakan untuk menghasilkan bahan perhiasan, barang kemas, peralatan dan perkakas dapur yang bernilai tinggi dan duit syiling. Pada masa kini, logam perak digunakan untuk menghasilkan konduktor (pengalir) elektrik dan penyambung elektrik.

Logam ini juga digunakan dalam pembuatan cermin dan dalam pemangkinan tindak balas kimia. Sebatian perak pula digunakan dalam filem fotografi. Larutan cair argentum nitrat dan sebatian-sebatian perak yang lain digunakan untuk menghasilkan bahan nyakjangkit. Walaupun penggunaan antimikrob ini telah kebanyakannya digantikan oleh penggunaan antibiotik, kajian lanjut masih dilaksanakan untuk mengkaji potensinya dalam bidang klinikal.

Sumber : Wikipedia



Silverbar Goldcrest Pavilion (GCP)


Untuk makluman, Goldcrest Pavilion ( GCP ) juga mengeluarkan produk Silverbar yang mempunyai berat 10g,20g,50g dan 100g.Menurut fakta harga Silver boleh melonjak seiring dengan peningkatan harga Emas.Dijangka 2-3 tahun akan datang harga Silver akan melonjak.

Sediakan diri anda untuk menyimpan Emas & Perak kerana anda tidak rugi apa-apa jikalau harga emas & Perak meningkat tinggi.

Hubungi kami untuk sebarang pembelian Emas & Perak fizikal.
Sertai kami di Geng Minda Emas Network & leraikan segala persoalan anda di sana.

~ Admin MFA ~
Nukilan Unknown

27 Nov 2012

Umum mengetahui bahawa Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir Mohamed adalah pakar ekonomi dunia.Apa kata-kata Tun mempunyai maksud berdasarkan kepada pengalaman Tun menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 20 tahun.

Tun Dr.Mahathir Mohamed


"Saya mempromosikan perdagangan emas untuk disimpan kerana nilai wang akan menyusut sedangkan nilai emas tidak, jadi kita perlu membeli emas kerana ia amat penting," katanya selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Riba Dunia.

"Dinar emas seharusnya digunakan untuk perdagangan antarabangsa dan bukannya penggunaan domestik, tetapi di Kelantan mereka keluarkan dinar emas sendiri dan ini menyukarkan urusniaga harian," jelasnya.

Bagi Kami Dinar Emas boleh digunakan di peringkat domestik asalkan mendapat persetujuan antara Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri.Ini disebabkan di zaman dahulu matawang adalah Dirham & Dinar Emas..
Nukilan Unknown

Pages